18 July 2006

visi,misi & strategi hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ilmu Allah yang bakal ditulis ini telah diperolehi dari satu sessi 'ceramah pagi jumaat' di Bandar Kota baru pada 05.05.2006. Imbau kembali...Al-hamdulillah, ada juga manfaat ilmu yang diperolehi ketika balik bercuti di Kampung halaman. Tepat jam 8.30 pagi, sudah ramai 'hamba-hamaba' Allah yang memenuhi taman syurga Allah ( Taman Syurga adalah gelaran bagi majlis ilmu ) padahal majlis tersebut bermula jam 9.30 pagi. Masya-Allah, kagum, dengan semangat orang kelantan dalam memenuhi tuntutan 'kewajipan menuntut ilmu'.Semoga mereka sentiasa istiqomah dengan majlis-majlis ilmu ini. Back to ceramah.......

Tiga (3) perkara yang perlu disemak supaya operasi hidup berjalan dengan baik :

1.Visi hidup
2.Misi hidup
3.Strategy hidup

Jom...kita sama-sama semak.

1.Visi hidup
Visi hidup kita semua adalah sama iaitu untuk mencapai keredhaan Allah .
Mencapai keredhaan Allah merupakan sesuatu yang besar dalam
hidup kita.Ini bersesuaian dengan Firman Allah didalam Surah At-Taubah
ayat 72 yang bermaksud :

'......dan keredhaan Allah lebih besar....'

Sebagai orang yang mempunayai Visi hidup, marilah sama-sama
kita menghafal dan mengamalkan ayat ini supaya kita lebih faham
erti sebenar visi hidup kita. Selain itu Nabi SAW juga menganjurkan
supaya kita berdoa dengan doa ini agar visi kita dapat dicapai :

'Ya Allah, sesungguhnya aku mohon keredhaan-MU dan Syurga-MU
dan aku minta perlindungan dari murka-MU dan azab neraka-MU.


2.Misi hidup
Misi kita adalah meneruskan perjuangan Rasul SAW.Sebelum kita
meneruskan perjuangan baginda, hendaklah terlebih dahulu kita
mengenali baginda SAW dengan bersungguh sungguh, beriman
dengan Rasul SAW, sayang kepada baginda SAW dan mengikuti
sunnah Rasul SAW.


3.Strategy hidup
Dua puluh (20) perkara yang dicadangkan oleh Dr.Yusof Qordhowi
untuk maju dan meneruskan perjuangan Rasul SAW adalah :

a.Berubah dari perkara cabang (kecil) kepada perkara prinsip ( besar )
b.Berubah dari perkara sunat kepada perkara fardhu
c.Berubah dari percanggahan kepada persefahaman
d.Berubah kepada amalan zahir dari amalan bathil
e.Berubah dari aspek keterlaluan kepada aspek sederhana
f.Berubah dari suka kepada perkara susah kepada perkara mudah
g.Berubah dari beku & jumud kepada ijtihad
h.Berubah dari cakap-cakap kepada sumbangan dan kerja
i.Berubah dari semangat adhoc kepada perancangan
j.Berubah dari sikap fanatik pendapat sendiri kepada bertolak ansur kepada pndapat org lain
k.Berubah dari semangat bersahaja kepada pengisian
l.Berubah dari Quantiti kepada Qualiti
m.Berubah dari angan2 kepada realiti
n.Berubah dari menolak masyarakat kepada hidup bergaul dengan mereka
o.Berubah dari menyorok ke belakang kepada siap sedia dengan masyarakat akan datang
p.Berubah dari tenggelam dari arus politik kepada kerja-kerja bermasyarakat
q.Berubah daripertentangan / perselisihan kepada faham & penyelesaian
r.Berubah dari cuai kepada tekun
s.Berubah dari faham yang sempit kepada alam sejagat
t.Berubah dari BANGGA DIRI kepada KRITIK DIRI SENDIRI

Haa...itulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsi bersama-sama.Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dari ilmu tersebut.Ameen.

Maksud hadith :
"Duduk sebentar di Majlis Ilmu adalah lebih baik dari menziarahi 1000 orang sakit"

Wassalam.Sesunggunnya Allah lebih mengetahui.

No comments: