
Maksud hadith :
Seseungguhnya orang-orang yang beriman & berhijrah itu,
merekalah orang yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah.
Em,rasanya baru je menyambut tahun baru hijrah 1427,
tup,tup, tahun hijrah 1428 dah muncul. Cepatnya masa
berlalu.Kalau nak disemak, azam tahun 1427 masih banyak
lagi yang belum tercapai. Tapi kini, azam tahun 1428 tetap
ditanam. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk
mencapai azam yang belum tercapai. Insya-Allah, Ameen.
Umumnya, azam kita semua mesti sama iaitu nak berhijrah
kepada yang baik. Tapi...pengkhususannya memang berbeza.
Walau apapun azam kita, kita mesti ada teknik dan perancangan
yang teliti untuk berhijrah. Walau bagaimanapun, perancangan
ini tidak boleh kering dari unsur spritual ( pertolongan Allah )
Unsur penting yang perlu ada untuk berhijrah adalah Ilmu.
Jadi, perancangan atau teknik yang perlu ada untuk berhijrah
adalah :
(i)Bila nak cari ilmu
(ii)Macamana nak cari ilmu
(iii)Siapa yang nak dilmukan
Selepas mempunyai ilmu didada, amalkanlah segala ilmu tersebut
sehingga diri kita dapat 'develop' iman yang benar-benar mantap
& istiqomah. Dan setelah berhijrah, berjihadlah dengan menyebarkan
kebenaran tersebut kepada orang lain.
Itulah, ilmu Allah yang dapat dikongsi sedikit sebanyak. Untuk
mengetahui teknik penghijrahan yang paling baik, baca & telitilah
Sirah Nabawiyah-Penghijrahan Baginda Saw Bersama Sahabat-.
Wassalam.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428 !
Semoga Proses Penghijrahan Didalam Diri Kita
Berlaku Setiap Saat ,Setiap Masa,Setiap Hari &
Setiap Tahun . Selamat Mengislah Diri !
29 Zulhijjah 1427