Bismillahirahmanirahim....
Hari sabtu merupakan hari yang paling bahagia buat
insan yang bernama Iffah. Bahagia bukannya disebabkan
limpahan harta benda atau wang ringgit tetapi hari sabtu
merupakan hari untuk menziarahi dan menghadirkan diri
di raudhah jannah /taman-taman syurga Allah swt
(majlis ilmu ). Subhanallah ! Betapa bahagianya hari ini.
Terasa satu sakinah / ketenangan. Bermula dari jam
8.30 pagi - 10 pagi,menghadirkan diri ke kelas pengajian
al- qur'an, jam 11 pagi - 12 tenghari , bekejar-kejar ke
kelas tafsir al-qur'an yang disampaikan oleh ustazah Safiyah
dan selepas tu bekejar pula ke Universiti Malaya untuk
menghadiri Kelas usulluddin dari jam 3 petang - 5 petang.
Em, bila melihat jadual ini, ia merupakan satu situasi yang
memenatkan.Tetapi kepenatan dan kesulitan didalam situasi
ini sebenarnya satu keseronokan.Allahu taala a'lam.
Sebenarnya, bukan perkara tersebut yang hendak dikongsi
bersama kawan-kawan. Tetapi nak sampaikan apa yang telah
disampaikan oleh Ustazah Safiyah melalui kelas tafsir al-qur'an
mengenai kesulitan / kepayahan yang kita hadapi. Mengimbau
apa yang telah dipesan oleh beliau :
Untuk sampai ke tempat yang tinggi, kita perlu melalui
jalan-jalan yang sempit terlebih dahulu. Dan seandainya
kita terasa perit ketika melalui jalan-jalan yang sempit ini,
cepat-cepat ingatkan hati bahawa jalan-jalan yang sempit
ini adalah sementara dan bukannnya berkekalan. Itu
adalah sunnatullah yang perlu kita lalui. Dan Insya-Allah,
hati kita akan menjadi tenang."
Didalam surah al- insyirah ayat 5 & 6, firman Allah yang
bermaksud :
'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'
Disini Allah swt mengkhabarkan bahawa sesungguhnya
disebalik kesulitan itu terdapat kemudahan. Menurut
sebahagian ulama', ayat ini merupakan ayat tasliyah
( penghibur ). Ayat ini dijadikan hiburan ( tasliyah )
untuk Nabi Muhamad Saw bahawa Allah swt akan
menggantikan keadaannya daripada fakir kepada
kecukupan,dari lemah kepada kuat, daripada
permusuhan kaumnya kepada kasih sayang dan
juga termasuk kemuadahan dunia dan akhirat.
Menurut sebahagian pendapat mengatakan, ganjaran
kemudahan yang kita akan perolehi dari satu kesulitan
yang kita alami adalah 2 kali ganjarannya. Subhanallah !
Betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap hamba-
hambanya yang bersabar diatas ujian yang ditempuhinya.
Jadi, sebagai hambanya kita mestilah redha diatas apa
sahaja ujian atau kesulitan yang kita hadapai. Mudah-
mudahan, dengan keredhaan terhadap kesulitan kita
didunia ini akan membantu kita untuk mendapat
kemudahan yang paling utama iaitu dimudahkan untuk
masuk ke Syurga Allah.
Disamping itu, Imam Ibn Jarir juga ada meriwayatkan
daripada al Hasan al Bashry, katanya : ketika ayat ini
( sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan)
diturunkan, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat
yang bermaksud :
Bergembiralah kamu sekelian, telah datang kemudahan
kepadamu, sekali-kali tidak akan mungkin satu kesulitan
itu dapat dapat mengalahkan dua kemudahan."
Sebagai kesimpulannya, sebagai hamba-Nya, kita hendaklah
sentiasa yakin bahawa disebalik setiap kesulitan yang kita
tempuhi itu, terdapat ganjaran yang besar yang sedang
manunggu kita. Jadi, sebagai hambanya, kita hendaklah
redha dengan apa sahaja ujian yang mendatangi kita.
Allahu taala a'lam.
p/s :
Terkadang diri ini terasa jauh dengan-Nya apabila tiada ujian
yang datang bertandang. Banyak-banyakkan berdoa :Ya Allah ,
ujilah aku dengan ujian yang mampu aku hadapi.
Ameen !
19 Safar 1428