CUKUPLAH ALLAH BAGIKU & KEPADA-NYA AKU BERSERAH DIRI
Em,sebulan dua ni, tulisan dalam blog ini asyik berkisar pasal ujian-ujian
Allah. Mungkin,nak meluahkan apa yang tersimpan didalam hati ini.
Alhamdulillah, hari ini telah terjawab semua persoalan yang ditunggu
-tunggu. Ketika melalui ujian Allah suatu ketika dulu, hati kecil ini selalu
tertanya-tanya, "apakah hadiah yang berharga yang akan dikurniakan
oleh Allah kepada diri ini hasil dari kesabaran melalui ujian-ujian-Nya?"
Diwaktu itu, tidak dapat membayangkan macamana bentuk hadiah yang
bakal dikurniakan oleh-Nya. Tetapi, hati ini tetap besabar dan yakin ada
hadiah yang besar sedang menunggu diri ini. Hari ini, Jumaat 9 Rabiul
akhir 1428, Allah telah mengurniakan hadiah tersebut kepada diri ini yang
mempunyai nilai yangsunggguh tinggi. Tidak perlu disebutkan disini.Biarlah
ianya menjadi rahsia buat insan yang bernama iffah. Tetapi itulah kurniaan
illahi kepada diri ini. Subhanallah. Tabaarokallah. Hanya Allah yang
mengetahui betapa bersyukurnya diri ini. Al-hamdulillah !
Untuk memotivasikan diri sendiri, kata-kata dari Aidh Bin Abdullah
Al-Qarni sentiasa di'play' dikotak fikiran.Dan semoga ianya juga
bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua . Insya-Allah !
"Wahai masa lalu yang sudah berlalu & selesai, tenggelamlah
kamu sepertitenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi
kepergianmu & kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun
untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah,
& jangan kembali lagi.
Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatunya dilipat &
disimpan,bukan dibuka & dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-
lamanya & dikurung didalam penjara kelupaan, diikat dengan gari
didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu
diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ianya
suatu yang sudah berlalu & selesai.
Maka ia tidak mungkin dapat kembali dengan apa juga kesedihan,
tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan
tidak akandapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.
Ia adalah sesuatuyang sudah tiada."- La tahzan, Aid Abdullah Al-Qarni -
.
.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
.
Ya Allah, halalkan kebingungan pandangan hatiku kepada nur
cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu
yang lurus, danpalingkanlah orang-orang yang menyimpang dari
jalan-Mu kepada hidayah-Mu. Ameen !
Bagi yang menulis dan membaca artikel ini, sama-samalah kita menunggu
ujian-ujian Allah yang akan datang .Ini kerana ujian-ujian Allah ini akan
datang kepada kita dengan silih berganti sehingga kita berjalan dimuka
bumiini dengan tiada dosa.Semakin kita rapat dengan Allah, semakin
banyak ujian yang akan mendatangi kita. Apa yang penting, kita sentiasa
memohon kekuatandari-Nya.
.
Allahu taala a'lam.
..
p/s:
Hati, yakinlah, ada hadiah dari taala buat insan yang redha & pasrah.
.
9 Rabiulakhir 1428
Aku mencintai kaum soleh meskipun aku bukan mereka.Aku membenci kepada pedagang maksiat meskipun pedagang maksiat itu adalah aku. "Janji Rasulullah saw,seseorang itu akan bersama-sama orang yang dicintai di Akhirat Kelak....." للحبيب علي زين العابدين الجفري
27 April 2007
24 April 2007
DOA DARI QOLBUN
Rabiul akhir 1428....semoga darjat iman-Mu semakin
meningkat diatas kesabaran dan ketabahanmu didalam
melalui ujian-ujian Allah . Ameen !
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Ya Allah,
Sesungguhnya tiada suatu urusan didalam hatiku tersembunyi
dari pengetahuan-Mu. Justeru itu, aku datang lagi kepada-Mu
untuk memohon kekuatan bagi mengharungi ujian-ujian ini.
Ya Allah,
Didalam memiliki kekuatan kurniaan-Mu, terkadang terselit
rasa gelisah, resah, sedih dan lemah. Aku mengetahui bahawa
itulah fitrah seorang insan yang bergelar manusia.
Ya Allah,
Seandainya terselit keluhan yang mengundang dosa tanpa
aku sedari didalam menghadapi ujian-ujian ini, aku memohon
ampun kepada-Mu.
Wahai Tuhanku,
kurniakan aku kekuatan yang benar-benar mantap didalam
mengharungi ujian-ujian ini.
Ameen !
Beberapa pesanan dari seorang sahabat :
1. Seandainya tiada kekuatan ketika melalui ujian dari-Nya,
....mohonlah dari-Nya agar diberikan kekuatan.
2.Seandainya terasa ada airmata hendak mengalir disaat
...ujian Allah datang kepada-Mu, biarlah titisan-titisan
..,jernih itu tumpah diatas sehelai hamparan indah yang
...dinamakan sejadah. Biarlah titisan-titisan tersebut mengalir
...ketika kamu berhadapan dengan-Nya.
3.Bergembiralah kamu dengan ujian Allah yang mendatangimu,
...kerana orang-orang soleh terdahulu dihiburkan dengan limpahan
...ujian dan musibah dari Allah swt yang bertujuan untuk mengangkat
...darjat iman mereka. Justeru, warisilah apa yang telah dikurniakan
...kepada mereka.
ALLAHU TAALA A'LAM.
6 Rabiulakhir 1428

Subscribe to:
Posts (Atom)