12 September 2008

Iman belum sempurna

.
"....semua ke Syurga kecuali 'dia' dan kubimbangi 'dialah' diriku...."
.
12 ramadhan 1429.Hari ini risau dan murung lagi kerana sudah masuk hari ke 12 di dalam bulan agung ini pun, diri ini masih melakukan kesalahan demi kesalahan terhadap kholiq, makhluk dan diri sendiri. Ini menandakan iman di dada masih belum sempurna. Di manakah madrasah ramdhan ?
.
Ya ghoffur, ighfirlii, sudilah kiranya dikau menjadikan saki baki ramadhan ini sebagai pembersih dosaku dan pelengkap imanku yang masih belum sempurna ini.Ameen.
.
.

08 September 2008

sanggup terjun ke neraka

.
"Ada dikalangan manusia yang memohon kepada
Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka
tidak didedahkan di khalayak ramai"
.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah swt terhadap hamba-Nya di akhirat kelak, sehingga ada dikalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan dihadapan Allah.Mereka tidak sanggup menanggung malu yang amat besar sangat.
.
Sesetengah mereka menganggap lebih baik mereka dicampakkan terus ke dalam neraka,asalkan tidak didedahkan segala perbuatan mereka yang keji dan hodoh.Rasa malu yang tidak tertanggung bakal dirasai,apabila keaiban dirinya menjadi tontotan orang ramai yang berada di padang Mahsyar itu.
.
Malu bagi sesetengah manusia adalah suatu perkara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Sebab itu ada manusia yang sanggu membunuh diri kerana khuatir keburukannya terbongkar.
.
Begitu juga halnya yang terjadi di Padang Mahsyar.Akan ada manusia yang bersedia terjun terus ke kawah neraka daripada dimalukan di khalayak ramai.Bukan beerti pilihannya supaya dia dicampakkan terus ke dalam neraka itu lebih baik daripada peristiwa yang memalukan itu,namun demikianlah keadaan gawat yang berlaku di Padang Mahsyar apabila Allah swt melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.
.
Itulah suatu peringatan bagi manusia yang tidak sanggup menanggung malu di Padang Mahsyar,sebaik-baiknya mereka mesti malu di dunia ini.Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekali pun di tempat yang sunyi.Sekiranya manusia tidak mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu, mereka perlu sedar bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa apa yang tersembunyi.
.
Dipetik dari buku Bertemu Janji Allah tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
.
8 Ramadhan 1429

02 September 2008

Madrasahku yang bernama ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim....
.
Ya Allah, Zahirkanlah Ramadhan ke atasku dengan keamanan & keimanan serta dengan keselamatan & keislaman. Ameen.
.
Al-hamdulillah.Segala puji-pujian buat Mu wahai Tuhan pemunya segala makhluk kerana masih memberi izin kepadaku untuk memasuki madrasahku yang bernama ramadhan.
.
Tapi..persediaanku kali ini agak berbeza dengan tiga tahun kebelakangan ini kerana persediaan menempuhi ramadhan kali ini tidak dirapikan.Walaupun tiada persediaan yang rapi namun jauh disudut hati ini aku masih mengharapkan agar madrasahku yang bernama ramdahan ini dapat membantuku untuk menghapuskan semua kesalahan lalu.Insya Allah.Ameen.
.
syllabus dimadrasahku yang bernama ramadhan :
1.melewatkan sahur
2.berbuka diawal waktu
3.menghidupkan malam
4.perbanyakan sedekah
5.khatam al-qur'an
.
Selamat berpuasa dengan penuh taqwa buat sahabat & kenalan.
.
2 Ramadhan 1429