30 October 2006

Salam Eidulfitri
















Salam Kemenangan di aidilfitri.Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kerana kita masih lagi berada di bulan syawal. Bila tiba syawal, kita mesti terfikir tentang makanan, open house , baju baru , duit raya dan seumpamanya.....

Adakah pernah kita terfikir bahawa puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas benar-benar melahirkan sifat taqwa dalam diri kita ? Sekiranya ada, Al-hamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt. Dan...seandainya sifat taqwa ini benar-benar lahir setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan', adakah pernah kita terfikir bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan sifat taqwa tersebut didalam diri kita sehingga ke akhir hayat sebelum kita dijemput mengadap-NYA. Jika tiada....fikirkanlah dan usahakanlah sedaya upaya supaya sifat taqwa tersebut berkekalan didalam diri kita ...........mintalah pertolongan dari-NYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah ! Aku Memohon Kepada-Mu Petunjuk, Taqwa,
Terpelihara Daripada Segala Dosa & Hidup Yang Berkecukupan.

Ameen.Ya Robbal Aa'lameen.

Beberapa petikan ayat-ayat Allah untuk memotivasikan diri sendiri, mudah-mudahan diberi kekuatan oleh-NYA.Ameen.

"....berbekallah kamu dan sesungguhnya sebaik-baik perbekalan, ialah taqwa..."(2:197)

"....untuk orang-orang yang taqwa disisi Tuhannya ada syurga yang mengalir air sungai dibawahnya, sedang mereka itu kekal didalamnya......" (3:15)

"...sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa ...." (3:76)

Untuk sahabat dan kenalan, dikesempatan syawal yang mulia ini, mohon maaf diatas segala-galanya dan semoga ukhwah yang terbina ini adalah kerana-NYA.

Wallahu a'lam.

7 Syawal 1427.

No comments: