07 November 2006

Peribadi Muslimah

8 TIP LUAHKAN ISI HATI




















Kita sebagai insan dibolehkan untuk meluahkan isi hati
daripada terus memendamkannya.Kerana selagi tidak
diuahkan,orang tidak tahu pendirian kita, tidak tahu yang
mana benar & yang mana salah.Dalam soal ini kita perlu
berhemah dalam meluahkan kata-kata.Apa lagi jika ia
melibatkan oran lain. Kita tidak mahu hasrat kita tidak
sampai sebaliknya ada orang lain yang terguris
hatinya. Cara meluahkan isi hati :


PERTAMA
Beristighfar & berselawat ke atas Nabi saw agar
dijauhkan daripada hasutan syaitan.

KEDUA
Terlebih dahulu hendaklah meminta maaf jika ia
melibatkan orang lain. Dan nyatakan, ini adalah
luahan isi hati anda.

KETIGA
Boleh juga disampaikan dalam cara bersahaja,
seolah-olah ianya tidak serius.Tetapi bagi orang
yang tidak mudah menangkap maksud,hendaklah
disampaikandalam bahasa lemah lembut dan berterus
terang (tidak berkias )

KEEMPAT
Elok juga jika ada orang lain sebagai saksi,
sekurang-kurangnyatidak timbul cerita lain
dibelakang anda kelak. Tetapi pastikan, orang
itu orang yang betul-betul boleh dipercayai.
Bukannya si pembawa mulut .

KELIMA
Persekitaran yang sesuai ( bukan dikhalayak ramai )

KEENAM
Sentiasa mengawal emosi

KETUJUH
Ingat,perkara itu hanya berakhir setakat itu,
jangan pula anda hebah-hebahkan kepada orang lain.

KELAPAN
Tidak dinafikan selepas anda berterus terang,
orang akan menjauhkan diri daripada anda.Jangan
biarkan perkara itu berlarutan kerana akan
berlaku permusuhan pula. Jadi andalah yang
harus memainkan peranan ....


Selamat Mencuba ! Insya-Allah.

[Petikan dari Majalah Nur April 2006-Bahaya Lidah]

No comments: