27 November 2006

Perihal Taqwa

Pasal taqwa lagi....sebab ada seseorang komen, artikel taqwa
tempohari terlalu singkat. Sebenarnya, fakta untuk menulis ada,
tetapi masa untuk menulis terlalu limited. Al-hamdulillah, waktu
lunch hari ini, dapat juga 'curi' masa untuk menulis perihal taqwa.
Mudah-mudahan ianya dapat menambah pengetahuan sedikit sebanyak
mengenai taqwa walaupun apa yang bakal ditulis ini tidak terperinci.
Hopefully, dapat membantu kita, Insya-Allah, Ameen.

Beberapa fakta tentang taqwa menurut Imam Al-Qalbi.

KELEBIHAN TAQWA

1 Taqwa dapat membantu kita memperolehi HIDAYAH Allah
2 Taqwa memastikan kita sentiasa mendapat PERTOLONGAN Allah
3 Taqwa memastikan kita sentiasa mendapat PERLINDUNGAN Allah
4 Taqwa membantu kita mendapat MAHABBATULLAH Kasih sayang Allah
5 Taqwa membantu kita mendapat pelepasan dari KEDUKAAN
6 Taqwa membantu kita mendapat REZEKI diluar sangkaan
7 Dengan bersikap taqwa juga, kita akan DIPERMUDAHKAN kerja
8 Dengan bersikap taqwa juga, DOSA-DOSA akan diampunkan oleh Allah
9 Dengan bersikap taqwa juga, PAHALA kita akan dibesarkan oleh Allah
10 Dengan bersikap taqwa juga, AMALAN kita akan ditingkatkan.
11 Akan dianugerahkan KEJAYAAN oleh Allah
12 Akan diberi KEGEMBIRAAN di Dunia & di Akhirat
13 Diperuntukkan SYURGA bagi orang-orang yang bertaqwa
14 Dijamin KESELAMATAN DARI NERAKA bagi orang bertaqwa


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TAQWA

1 Takut dengan hukuman yang telah diperuntukan oleh Allah
2 Mengharap ganjaran di Dunia & Akhirat dari Allah
3 Takut dengan 'penglihatan' Allah
4 Mujahadah / Muraqobah
5 Syukur dgn nikmat Allah & sentiasa taat kepada Allah
6 Sentiasa mencari jalan utk meningkatkan ilmu pengetahuan
7 MengAgungkan kebesaran Allah swt
8 Cinta keapda Allah swt dengan sebenar-benarnya.


TINGKATAN TAQWA

1.Rasa takut yang boleh menyebabkan kita murtad
2.Rasa takut untuk melakukan maksiat
3.Takut utk melakukan perkara yang diharamkan-Orang bertaubat
4.Meninggalkan perkara yang syubhat - Maqam wara'
5.Meninggalkan perkara yang harus - Maqam zuhud

TAQWA AKAN LAHIR DARI 2 PERKARA

1.Ilmu
2.Amal

Wallahu a'lam.

(Dipetik dari rancangan Tafsir Al-Quran IKIM oleh Ustaz Zahazan Mohamad)

6 Zulkaedah 1427

4 comments:

hakim dirani said...

Mudah mudahan kita tergolong dari orang yang bertaqwa.

Iffah Humaira said...

Insya-Allah.Ameen.

Iman Mawaddah said...

Mudah2an Allah tidak paling kan hati kita ke arah lain

elhamy said...

harap satu malaysia boleh baca tentang tulisan ni......