15 December 2006

I f f a h

I f f a h...satu-satunya nama idaman ana dari dulu hingga kini.
Memang nama ini adalah singkatan dari nama penuh ana tetapi tiada
seorang pun yang memanggil ana dengan nama tersebut sama ada
dikalangan family, kawan-kawan pejabat dan kawan-kawan study.
Balik-balik nama 'ipah or pah' yang sebati dengan diri ini. Tapi tak pe,
apa-apa pun kena syukur coz masih ada nama, Al-hamdulillah. Tapi,
walau apa jua pun keadaan, diri ini masih mencari peluang agar suatu
hari nanti ada segolongan kawan-kawan memanggil diri ini dengan
nama 'iffah'. Bukannya ada sebab lain, cuma teringat dengan kata-
kata Dr.Fadhilah Kamsah, nama itu mempengaruhi diri kita. Jadi,
kalau maksud nama kita baik dan orang selalu memanggil dengan
nama tersebut, Insya-Allah, panggilan itu akan jadi satu doa buat
kita.Insya-Allah.
.
Hari ni nak menulis tentang salah satu sifat yang terpuji atau
mahmudah. Actually, ilmu Allah yang bakal ditulis ini dipetik dari
sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat karib.
Terima kasih buat beliau.Semoga Allah sentiasa merahmati beliau.
Ameen.
.
Salah satu sifat yang terpuji atau mahmudah yang perlu ada dalam
diri setiap insan adalah 'Iffah'. Iffah bermaksud mengawal nafsu
daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya
ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang
ma'arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
Seseorang yang mempunyai sifat iffah mestilah mempunyai sifat-
sifat seperti berikut :
.
MALU
Perasaan hina & rendah diri kepada Allah swt & terhadap manusia
& diri sendiri berusaha tidak membuat sesuatu yang keji & dilarang
oleh Allah.
.
KESOPANAN
Bersikap tenang,berbudi bahasa,berbudi pekerti & bersopan
santun dalam pergaulan.
.
SABAR
Tenang,tabah,redha & ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran
& dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
.
BAIK HATI
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain & memahami
perasaan mereka secara tulus ikhlas & ihsan.
.
MURAH HATI
Sedia memberi bantuan secara ikhlas dan ihsan kepada mereka
yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan & sokongan
moral.
.
KEBEBASAN
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh
tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak,norma masyarakat
dan undang-undang negara.
.
QANA'AH
Redha dengan ketentuan Allah swt, merasa cukup dengan pemberian-
Nya,tenang menghadapi cabaran,sentiasa berusaha dan tidak mudah
berputus asa.
.
BERDISPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima & mematuhi peraturan &
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira dimana
ia berada.
.
DAYA USAHA
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam &
semangat inisiatif, kreatif & inovatif berlandaskan peunjuk
Allah swt.
.
SEJAHTERA
Jiwa yang tenteram & tenang serta tidak menyakiti orang lain
hasil daripada mengawal hawa nafsu.
.
WARA'
Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah,haram,
dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
.
WASATIYAH
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan &
tindakan sama ada dalam pemikiran, peraturan atau
perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma & nilai
masyarakat.
.
KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan rohani, jasmani & mental serta alam sekitar
bagi menjamin kesejahteraan hidup...
Kebersihan diri
kebersihan diri & tubuh badan drpd hadas & najis agar amal ibadat
diterima oleh Allah swt.
Kebersihan persekitaran
memelihara alam sekeliling supaya rapi & bebas dr pencemaran.
Kebersihan Mental
Pertuturan & perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
Kebersihan Rohani
Pemikiran,pertuturan & perlakukan serta amalan yg bersih dr
sebarang kepercayaan karut & khurafat terhadap Allah swt.
.
MENGHARGAI MASA
Mengisi masa secara berfaedah dgn menepati waktu & menyegerakan
sesuatu tugasan serta bijak mengurus masa.
.
DEDIKASI
Berminat & rela mengorbankan masa & tenaga dalam melakukan sesuatu
perkara yg berfaedah.
.
Itulah serba sedikt tentang sifat iffah. Susah rasanya untuk diri
ini memiliki kesemua sifat-sifat tersebut. Tetapi, sekurang-kurangnya
kena ada usaha untuk memiliki semua sifat iffah, bukan hanya sekadar
pada nama sahaja. Wahai Tuhanku, Dengan Izin-Mu, Perkenankanlah.
.
Wassalam.
.
24 Zulkaedah 1427

8 comments:

tuan tanah said...

Kalau nama Irish - ejaannya Aoife, sebutannya Ifa :)

BaYu SenJa said...

semoga apa yang disenarai menjadi pakaian kita :)

IFFAH said...

Salam

Tuan Tanah,

Em,kalau tak nayatakan cara sebutannya Aoife=ifa,dah tentu jadi lain...:-)

Bayu,

Insya-Allah, itu yang dicita-citakan...

hakim dirani said...

Saya pon nak cuba agar sebati dengan semua sifat mahmudah itu.

Anonymous said...

salam ya iffah,

semoga Allah perkenankan doa setiap hambaNya yg memilih jalan kebenaran...tapi untuk mencapai penghujung yg baik..kita kena lalui dulu awalan dan pertengahannya..kerana setiap akhir ada awalnya..semoga kita sentiasa di dalam bimbingan Allah ..ameen

IFFAH said...

Salam Anonymous

Syukran,semoga Allah perkenankan.

Terima kasih kerana visit blog ana.

Wasslam.

IN-faz said...

As salam...
wah pkongsian y menarik sekali...
teruskan menulis ya...^^

Tuan Nurul Iffah said...

Alhamdulillah :) Assalamualaikum ya ukhti Iffah Humaira :) Nama kita sama ^^