09 March 2007

Kesulitan

Bismillahirahmanirahim....

Hari sabtu merupakan hari yang paling bahagia buat
insan yang bernama Iffah. Bahagia bukannya disebabkan
limpahan harta benda atau wang ringgit tetapi hari sabtu
merupakan hari untuk menziarahi dan menghadirkan diri
di raudhah jannah /taman-taman syurga Allah swt
(majlis ilmu ). Subhanallah ! Betapa bahagianya hari ini.
Terasa satu sakinah / ketenangan. Bermula dari jam
8.30 pagi - 10 pagi,menghadirkan diri ke kelas pengajian
al- qur'an, jam 11 pagi - 12 tenghari , bekejar-kejar ke
kelas tafsir al-qur'an yang disampaikan oleh ustazah Safiyah
dan selepas tu bekejar pula ke Universiti Malaya untuk
menghadiri Kelas usulluddin dari jam 3 petang - 5 petang.
Em, bila melihat jadual ini, ia merupakan satu situasi yang
memenatkan.Tetapi kepenatan dan kesulitan didalam situasi
ini sebenarnya satu keseronokan.Allahu taala a'lam.

Sebenarnya, bukan perkara tersebut yang hendak dikongsi
bersama kawan-kawan. Tetapi nak sampaikan apa yang telah
disampaikan oleh Ustazah Safiyah melalui kelas tafsir al-qur'an
mengenai kesulitan / kepayahan yang kita hadapi. Mengimbau
apa yang telah dipesan oleh beliau :

Untuk sampai ke tempat yang tinggi, kita perlu melalui
jalan-jalan yang sempit terlebih dahulu. Dan seandainya
kita terasa perit ketika melalui jalan-jalan yang sempit ini,
cepat-cepat ingatkan hati bahawa jalan-jalan yang sempit
ini adalah sementara dan bukannnya berkekalan. Itu
adalah sunnatullah yang perlu kita lalui. Dan Insya-Allah,
hati kita akan menjadi tenang."

Didalam surah al- insyirah ayat 5 & 6, firman Allah yang
bermaksud :

'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'

Disini Allah swt mengkhabarkan bahawa sesungguhnya
disebalik kesulitan itu terdapat kemudahan. Menurut
sebahagian ulama', ayat ini merupakan ayat tasliyah
( penghibur ). Ayat ini dijadikan hiburan ( tasliyah )
untuk Nabi Muhamad Saw bahawa Allah swt akan
menggantikan keadaannya daripada fakir kepada
kecukupan,dari lemah kepada kuat, daripada
permusuhan kaumnya kepada kasih sayang dan
juga termasuk kemuadahan dunia dan akhirat.

Menurut sebahagian pendapat mengatakan, ganjaran
kemudahan yang kita akan perolehi dari satu kesulitan
yang kita alami adalah 2 kali ganjarannya. Subhanallah !
Betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap hamba-
hambanya yang bersabar diatas ujian yang ditempuhinya.
Jadi, sebagai hambanya kita mestilah redha diatas apa
sahaja ujian atau kesulitan yang kita hadapai. Mudah-
mudahan, dengan keredhaan terhadap kesulitan kita
didunia ini akan membantu kita untuk mendapat
kemudahan yang paling utama iaitu dimudahkan untuk
masuk ke Syurga Allah.

Disamping itu, Imam Ibn Jarir juga ada meriwayatkan
daripada al Hasan al Bashry, katanya : ketika ayat ini
( sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan)
diturunkan, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat
yang bermaksud :

Bergembiralah kamu sekelian, telah datang kemudahan
kepadamu, sekali-kali tidak akan mungkin satu kesulitan
itu dapat dapat mengalahkan dua kemudahan."

Sebagai kesimpulannya, sebagai hamba-Nya, kita hendaklah
sentiasa yakin bahawa disebalik setiap kesulitan yang kita
tempuhi itu, terdapat ganjaran yang besar yang sedang
manunggu kita. Jadi, sebagai hambanya, kita hendaklah
redha dengan apa sahaja ujian yang mendatangi kita.

Allahu taala a'lam.

p/s :
Terkadang diri ini terasa jauh dengan-Nya apabila tiada ujian
yang datang bertandang. Banyak-banyakkan berdoa :Ya Allah ,
ujilah aku dengan ujian yang mampu aku hadapi.
Ameen !

19 Safar 1428

16 comments:

BaYu SenJa said...

selalunya manusia sesak berjalan dilorong sempit. mahunya, biarlah sentiasa luas dan lapang..
kalau tahu di atas sana tinggi di puncak dan lapangnya tiada tepian, mungkin dia lelahkan juga di lorong sempit...
sedap ayat2 iffah, semoga kita kuat di jalan sempit itu...

Iffah Humaira said...

Salam, Bayu

"sedap ayat2 iffah"
-> Al-hamdulillah, semuanya datang dari-Nya.Terima kasih :-)

Insya-Allah, semoga kita sentiasa memohon kekuatan dari-Nya.

Bayu, maaf, tag anda belum dijawab lagi.Insya-Allah, sedikit masa lagi.

Wassalam.

bang_gugar : said...

salam,

sebenarnya saya merasakan ramai yang yakin pada kebesaran Allah, tapi ramai juga sebenarnya masih meminta daripada makhluk bukan dari maha kuasa.

(",)

ahli bayt jirankubur said...

hebat penyampaian itulah penarik minat hati. bukan mudah untuk memahankan,tapi.............cukuplha dengan tertarik hati kepada ayat2 iffah..

Iffah Humaira said...

Salam,

bang_gugar,

Itu bermakna tahap iman kita kepada-Nya masih belum mantap.
Terima kasih kerana sudi visit blog ana...:-)

ahli bayt jirankubur,

Al-hamdulillah, semua itu datang dari-nya. Gembira sekali kerana ada orang memahami dengan apa yang hendak ana sampaikan. Syukran jazilan diatas kunjungan anta.

Wassalam.

Iman Mawaddah said...

Salam Kak Iffah,
Terima kasih atas entri ini. Banyak perkara yang menginsafkan diri saya tentang kesabaran menghadapi ujianNya.

ukhti27 said...

amin ya RABB...
sesungguhnya
"ALLAH tidak akan menguji seseorang itu
kecuali sesuai dengan kemampuannya..."

surah Al-Baqarah ayat 286

salam alaik ya ukhti al-kareemah...

alhamdulillah,
1 tazkirah yang khair
dengan sentuhan kalam yang indah sekali...
mabruk ya ukhti... teruskan... (^^,)

ala kulli hal,
jazakillahu khairan kathira
kerna sudi menziarahi pondok ana.
izinkan ana utk link blog ini ke pondok ya.
dan andai ada masa kelapangan,
sudi2lah singgah sebentar disini

salam ukhti dan ukhwah fillah... (^^,)

* Muhammad.

ALLAHu a’lam bisawab.

Iffah Humaira said...

Salam,

Iman,
Afwan = Sama-sama

Ukhti27,

Alfu syukrin ya ukhti.Semua yang baik itu datang dar-Nya.Insya-Allah,semoga ana sentiasa mendapat izin-Nya untuk teru menulis.

Ana izinkan ya ukhti. Ana juga minta izin untuk link ke blog anti.

Wassalam.Baarakallahu fiikum.

ukhti27 said...

salam ‘alaik ya ukhti al-kareemah...

alhamdulillah, afwan.

andai anti sudi, insyaALLAH,tafadhali.
jazakillah khair... (^^,)

moga anti senantiasa dlm redha ILAHI
dan istiqamah dlm segala urusan yang khair,
insyaALLAH, amin ya RABB.

fi amanillah... (^^,)

*may ALLAH bless you too*

~albazrah~ said...

Salam Kak Pah, Sabtu ada majlis di USJ. Jom meriahkan Mawlid. Hari Ahad Kuliah Sheikh Nuruddin.

Iffah Humaira said...

Salam,

Akma, Insya-Allah.Terima kasihh ingatkan akak.

Jumpa disana.Insya-Allah.

ukhti27 said...

alhamduliLlah
waSholatu waSalamu `ala asyrafil Ambiya-i wal Mursalin
wa `ala Alihi wa Shohbihi ajma`in.


salam Maulidur Rasul... :)

hakim dirani said...

Mudahan Allah menguatkan hati kita dalam menghadapi segala kesulitan sebelum menerima ganjaran.

Iffah Humaira said...

Salam,

Insya-Allah hakim, mudah-mudahan.Cuma kena ingatkan diri sendiri....dalam kekuatan yang dikurniakan oleh-Nya, ada masanya kita kan tempuh kelemahan. Jadi, jika tiada kekuatan dikala melalui ujian dari-Nya, mohonlah banyak2 kekuatan dari-Nya.

Apa yang dikhuatiri....ganjaran tersebut hiang begitu sahaja disebabkan kewujudan kelemahan tersebut. Nauzubillah.

Allahu taala a'alam.

elhamy said...

salam,
tumpang tanya sikit boleh?

CerminDiri said...

salam kehidupan,
kalaulah balik malaysia nanti terdengar dari corong radio kata-kata nasihat dari orang yang bernama iffah, nescaya radio itulah akan menjadi pilihan saya.