19 August 2008

Bagaimana syaitan menakluki hati

Sekadar ingin berkongsi dan memahami....
.
Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan,gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia digambarkan menerusi bandingan berikut :
.
"Hati laksana benteng,benteng itu berpagar,dan pagar mempunyai pintu,Penghuni didalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga dikawasan benteng itu.Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta ghurkanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang.Maka penjaga hendaknya mengetahui beberapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh.Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan imej setiap yang melaluinya.Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah,antaranya dengan mewujudkan kepulan asap.Asap yang akan menggelapkan suasana hingga pengawal tak nampak apa yang berlaku.
.
Asap ini juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya.Istiqomah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula.Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita.Semakin kuat keimanan,makin dasyat cabaran yang haru ditempuhi.Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal."
.
Allahu a'lam.
.
17 Sya'ban 1429

No comments: