08 September 2008

sanggup terjun ke neraka

.
"Ada dikalangan manusia yang memohon kepada
Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka
tidak didedahkan di khalayak ramai"
.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah swt terhadap hamba-Nya di akhirat kelak, sehingga ada dikalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan dihadapan Allah.Mereka tidak sanggup menanggung malu yang amat besar sangat.
.
Sesetengah mereka menganggap lebih baik mereka dicampakkan terus ke dalam neraka,asalkan tidak didedahkan segala perbuatan mereka yang keji dan hodoh.Rasa malu yang tidak tertanggung bakal dirasai,apabila keaiban dirinya menjadi tontotan orang ramai yang berada di padang Mahsyar itu.
.
Malu bagi sesetengah manusia adalah suatu perkara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Sebab itu ada manusia yang sanggu membunuh diri kerana khuatir keburukannya terbongkar.
.
Begitu juga halnya yang terjadi di Padang Mahsyar.Akan ada manusia yang bersedia terjun terus ke kawah neraka daripada dimalukan di khalayak ramai.Bukan beerti pilihannya supaya dia dicampakkan terus ke dalam neraka itu lebih baik daripada peristiwa yang memalukan itu,namun demikianlah keadaan gawat yang berlaku di Padang Mahsyar apabila Allah swt melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.
.
Itulah suatu peringatan bagi manusia yang tidak sanggup menanggung malu di Padang Mahsyar,sebaik-baiknya mereka mesti malu di dunia ini.Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekali pun di tempat yang sunyi.Sekiranya manusia tidak mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu, mereka perlu sedar bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa apa yang tersembunyi.
.
Dipetik dari buku Bertemu Janji Allah tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
.
8 Ramadhan 1429

No comments: