04 February 2009

Diri ini merindui-Nya



"....seburuk-buruk kesesatan adalah kesesatan selepas mendapat hidayah...." [Abdullah Bin Mas'ud R.A]
.
Hati ini semakin lama semakin jauh dengan-Nya.Makin lama makin menebal dosa didalam diri ini.Bagaimana harus ku berhadapan dengan Pencipta sang makhluk didalam keadaan diri yang penuh dengan noda & dosa ini ? Takut, sedih dan buntu berada dalam diri. Namun,jauh disudut hati diri ini masih mengharap ada sinar cahaya dari Illahi yang akan menerangi kehidupanku yang telah sekian lama berada didalam kegelapan ini kerana semua yang berlaku ini ku anggap satu ujian dan takdir katas diriku.Aku mesti redha.Yang penting usaha dan langkah seterusnya untuk menghadapi hari-hari mendatang.
.
Sebenarnya diriku ini sangat-sangat merindui-Nya tetapi hati ini tidak mampu melakukan apa-apa usaha untuk keluar dari kegelapan ini. Betapa lemahnya insan bernama iffah. Sekali tenggelam , terus berada didasar lautan.Tidak mampu untuk timbul dipermukaan lautan.Maha suci tuhanku, aku mengakui bahawa aku insan kerdil yang berada didalam kekuasaan-Mu.
.
Ya Robbi, Sesungguhnya tiada satu urusan didalam hatiku tersembunyi dari pengetahuan-Mu.Setiap hari hatiku meronta-meronta merindui-Mu.Rindu untuk bermunajat dengan-Mu,rindukan rahmat & kasih sayang-Mu,rindu untuk berada dekat dengan-Mu,rindu untuk berbuat kebaikan & kebajikan,rindukan orang-oarang yang beriman,rindukan taman-taman syurga-Mu dan rindukan Halawatul iman.
.
Wahai yang maha pengampun, masih adakah ampunan-Mu untuk diriku ini yang sedang menangggung dosa-dosa ini ? Kerana sesungguhnya aku merasai bahawa diri ini tidak layak diampuni kerana dosa-d0sa yang dilakukan bukan setakat banyak seperti buih dilautan malah sungguh besar melebihi dari alam ini.
.
Ya robbi, aku telah gagal dalam menuju mencari sinar-Mu.Aku jatuh ketika menempuhi zaman kegemilanganku.Kini aku hampir berputus asa dengan diriku sendiri.Namun, jauh disudut hatiku,aku masih mengharapkan ampunan-Mu,Redha-Mu dan sinar cahaya-Mu.Bantulah aku yang kerdil ini wahai yang Maha Penyayang.Ameen.
.
8 Safar 1430

No comments: