24 February 2009

Telaga Al-Kautsar

Ahad bersamaan 26 Safar 1430 tanggal 22 Februari 2009 telah berlangsung Kuliah Sheikh Fahmi Zam Zam di Masjid Al Falakh yang membincangkan Kitab Sairus Salikin.Alhamdulillah Allah masih memberi rezeki kepadaku untuk menghadiri kuliah tersebut.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih & Penyayang,sentiasa mengasihi hamba-hamba Nya walaupun hamba Nya itu berada dalam keadaan berdosa.Laa ila ha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
.
Berbalik kepada kuliah.....takut sangat apabila mengingatkan kuliah Sheikh tentang keadaan umat Nabi Muhamad SAW yang meninggalkan solat dengan sengaja & meringan-ringankan solat.
.
"Di Akhirat nanti akan ada satu golongan manusia yang akan dihalau oleh Malaikat ketika menghampiri Telaga Al-Kautsar.Walau bagaimanapun,golongan ini memaklumkan kepada Malaikat bahawa beliau adalah umat Nabi Muhamad SAW dan layak meminum air dari Telaga tersebut.Kemudian datanglah Malaikat membawa catatan amal golongan tersebut untuk dipersembahkan kepada Baginda SAW.Setelah Baginda SAW melihat catatan amal golongan tersebut didapati golongan tersebut merupakan golongan manusia yang meninggal solat dengan sengaja disamping mempunyai dosa-dosa yang lain. Setelah melihat catatan tersebut, berkatalah Baginda Saw kepada golongan tersebut 'sohkan...sohkan' yang bermaksud celakalah kamu, jauhlah kamu dari Rahmat Allah.Lalu, pergilah golongan tersebut dengan tidak mendapat apa-apa syafaat dari Baginda SAW." Nau zubillahi minzalik.Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu Ya Allah dari keadaan tersebut.
.
Bismillahirahmanirrahim...
.
Allahummakhtimlana Bihusnil Khotimah Wala Takhtim Alaina Bi suu il Khotimah.Ameen. Ya Allah khatamkanlah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah dikhatamkan umurku dengan kesudahan yang buruk.
.
Ya Allah, aku juga memohon kepada Mu agar masukkanlah daku ke dalam golongan yang tetap dan khusyuk dalam mendirikan solat dan jadikanlah daku umat Nabi Muhamad SAW yang mendapat syafaat Baginda SAW dan dapat meinkmati minuman air dari Telaga Al-kautsar di Akhirat kelak.Ameen Ameen Ya Robbal Alameen.
.
28 Safar 1430

No comments: