28 October 2009

Adab & Akhlak

Kali ini nak menceritakan pasal sambutan majlis haul al-imam al habib Abdullah al-haddad.Buat pertama kalinya saya telah menghadirkan diri di majlis ini dengan izin-Nya.Itu pun atas semangat dan dorongan yang diberikan oleh m.maisarah sahabat yang saya sayangi.Dia sentiasa mendorong saya untuk berbuat kebaikan dan sentiasa membantu saya dalam kesusahan.Dia saya ibaratkan sebagai Najwa,kawan albazrah.Jika Allah mengurniakan najwa kepada albazrah,Allah juga mengurniakan m.maisarah kepada saya.Alhamdulillah wa syukrulillah kerana mengurniakan kepada kami insan-insan ini.
.
Buat pertama kali menghadiri majlis ini,saya masih terpinga-pinga tentang tujuan majlis ini diadakan.Setelah ceramah bermula barulah saya faham tujuan sebenar ianya disambut setiap tahun.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mengingati al-imam al-hadad secara dekat khususnya ilmu & amalan yang dimiliki oleh beliau serta menjaga & mengekalkan ilmu dan amalan tersebut didalam diri kita.Amalan-amalan tersebut adalah ratib al-haddad dan wir-ul-latif.Moga-moga kita dapat mengamalkannya dengan istiqomah.Ameen.
.
Tema majlis haul kali ini adalah akhlak & adab.Setiap ceramah yang disampaikan adalah berkaitan akhlak & adab didalam kehidupan sehari-hari.Akhlak merupakan amalan yang paling tinggi dan berat jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain.Walau bagaimanapun, orang yang berakhlak bukanlah diukur dengan banyaknya puasa,banyaknya solat dan banyaknya sedeqah.Akan tetapi ianya diukur dengan hati yakni mempunyai hati yang baik.Akhlak bukan hanya yang dizahirkan sahaja tetapi hati juga mesti berakhlak dengann menjauhi sangkaan kerana islam mengajar kita untuk berakhlak sampai ke dalam hati.3 tingkatan akhlak muslim adalah orang muslim yang menjaga lisan & perbuatannya dengan orang lain yakni orang lain merasa aman dengan lisan dan perbuatannya,orang muslim yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.Jika ia tidak dapat memberikan manfaat kepada orang lain hendaklah juga tidak merugikan orang lain dan muslim yang membalas kejahatan dengan kebaikan.Ini adalah darjat paling tinggi.
.
Itulah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsi hasil dari menghadirkan diri di majlis haul.Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua.Allahu a'lam.
.
'Jagalah diri kamu dari kata-kata "sayalah ini,sayalah itu,saya yang buat begitu dan sayalah yang jadikan begini..." kerana syaitan itu hancur dengan kata-kata tersebut.Dikhuatiri juga perkataan 'saya' itu akan menghancurkan dirimu.'-Al-imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-haddad.
.
9 Zulkaedah 1430

No comments: