13 July 2010

Eman


Disaat jari jemari ini menulis coretan ini, hati saya masih dilanda kesedihan dengan apa yang menimpa keluarga kami.Bukan kerana tidak redho dengan apa yang berlaku tetapi kesedihan itu merupakan fitrah manusia.Kesedihan akan terubat dengan masa dan peristiwa.Lama kelamaan ianya akan lenyap begitu sahaja ditelan zaman.Cuma jangka masa untuk menghadapi kesedihan itu tiada siapa yang boleh menentukan kecuali Allah Azza Wajalla.
.
Alhamdulillah tabaarokallah kerana Allah swt telah mempermudahkan urusan kami sekeluarga.Banyak perkara yang telah kami lakukan terhadap arwah termasuklah majlis tahlil, menghadiahkan pahala bacaan 30 juz al-qur'an dan juga upah haji untuk arwah.Alhamdulillah tabaa rokallah,segalanya berjalan lancar.
.
Semalam 12 julai 2010 saya telah pergi ke Andalusia Travel & Tours untuk menguruskan upah haji untuk arwah.Sebelum akad dilakukan,hati saya dilanda kesedihan yang teramat sangat menyebabkan hati kecil saya berteriak mengatakan "eman,kami semua dah buat yang terbaik untuk eman.Tenanglah disana.Insya Allah rukun ke 5 eman hampir sempurna".Air mata saya makin bergenang tetapi terpaksa ditahan kerana saya sedang berhadapan dengan ustaz.Setelah hati saya tenang,dengan yakin saya melafazkan :
.
"saya ibu saudara kepada Allahyarham Muhammad Najman Bin Nor Zanita mewakilkan kepada Andalusia Travel untuk mengerjakan Haji Badal Allahyarham Muhammad Najman Bin Nor Zanita dengan upahnya rmxxxx tunai."
.
Terus disambut oleh ustaz "saya terima untuk menjadi wakil Puan untuk mengerjakan Haji Badal Allahyarham Muhammad Najman Bin Nor Zanita dengan upahnya rmxxxx tunai."
.
Lantas doa dibaca ..."Bismillahirohmanirrahim,Allahummaghfirlahu warhamhu...Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia....Ameen". Dikala doa ini dibaca dan diameenkan oleh kami airmata saya menitis.Alhamdulillah rukun ke5 arwah hampir selesai.Badal haji arwah Eman akan dilakukan pada tahun 1431 Hijrah.Doakan Badal haji arwah berjalan lancar dan diterima Allah.Ameen.
.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah tempat dikembalikan.
Eman..semoga Allah menempatkan ruhmu di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin.Ameen.

2 comments:

Hayaati Jamiilah said...

chu..sedih gak ni..:(
hari2 teringat kat eman..
lg2, bila sokmo g umah eman, jarang jumpa eman...:(

Iffah said...

sedih gok :-)