21 October 2010

Rumah

Bismillah wal hamdulillah...

Dengan pemikiran kepada Allah hati-hati kita akan menjadi tenang.Yakinlah ! Bila kita sebut nama Allah,Allah akan sebut nama kita.Allah berfirman yang bermaksud : " Sebutlah nama-KU, maka Aku sebut nama hamba-KU.Perumpamaan orang yang berzikir & orang yang tidak berzikir seumpama orang yang hidup & mati.(Hadith Riwayat Bukhori) dan juga perumpamaan Rumah yang disebut nama Allah & tidak seumpama orang yang hidup & mati.(Hadith Riwayat Muslim)

Rumah-rumah juga punyai sifat hati.Hidupnya Rumah itu apabila penghuni itu sebut nama Allah.Rumah akan hidup,penghuni akan hidup apabila kedua-duanya mengingati Allah.Rumah akan mati,penghuni akan mati apabila kedua-duanya lalai mengingati Allah.Hadith qudsi yang bermaksud : "Aku berkeinginan untuk turunkan bala pada sebuah negeri,tetapi apabila terdapat dalam negeri itu ada orang-orang yang sebut nama Allah,berkasih sayang kerana Allah dan sahur sebelum fajar maka Aku (Allah) angkat bala itu."

Rumah itu sesuatu yang biasa,Apa-apa yang ada dalam Rumah itu biasa.Tiada apa-apa makna pada hakikatnya.Akan tetapi keistimewaan Rumah itu adalah adanya keimanan & keyakinan kepada Yang Maha Pengasih.Rumah-Rumah yang mati adalah Rumah yang tidak diingini oleh Rasulullah saw.Rumah yang mati adalah Rumah yang tidak diamalkan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw walaupun Rumah itu indah & cantik.Rumah yang diangkat darjatnya adalah Rumah yang didalamya ada ajaran-ajaran islam yang dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah saw.Rumah yang tinggi darjatnya adalah Rumah yang dibaca al-qur'an dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw.Tanyalah kepada diri kita sendiri..."Apakah yang dibaca didalam Rumah kita sekarang ini ?" Bilamana penghuni Rumah sudah ketepikan Al-Qur'an & tinggalkan sunnah dan menggantikannya dengan kata-kata fasiq,gambar-gambar fasiq,mendengar bicara-bicara fasiq maka penghuni Rumah itu telah melakukan kesalahan besar.Bukan setakat meninggalkan al-qur'an dan as-sunnah malah telah menggantikannya dengan yang fasiq maka berhati-hatilah kerana dikhuatiri Rumah ini akan menempuh kehancuran.
.
"Kata-kata hikmah ini adalah dari guru kami yang mulia Habib Umar Al Hafidz.
Semoga Allah sentiasa meRahmati beliau.Ameen."
.
13 Zulkaedah 1431

No comments: