09 June 2013

Selamat Menyambut Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim,

Esok bermulalah permulaan hari baru di bulan islam sya'ban.Ketahuilah bahawa bulan sya'ban merupakan salah satu bulan yang diagungkan.Keberuntungan besar bagi orang yang bertaubat dan berbuat taat didalamnya.Barangsiapa yang bersungguh-sungguh didalamnya dengan izin Allah akan beroleh kejayaan yang  besar.Dibulan ini juga khususnya dimalam nisfu sya'ban dianjurkan supaya kita membaca tasbih nabi yunus sebanyak-banyaknya sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah saw yang bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya doa saudaraku Yunus sangat bagus,permulaanya tahlil,pertengahannya tasbih dan diakhirnya pengakuan dosa iaitu :

Ketahuilah juga bahawa pada bulan agung inilah perintah untuk berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah saw diturunkan.Maka perbanyakkanlah selawat di setiap waktu khususnya di bulan sya'ban yang mulia ini agar tali perhubungan kita dengan  Kekasih Allah yakni Rasululullah saw semakin kukuh.Moga Allah swt  sentiasa memberi Inayah,Hidayah dan Taufiq-Nya kepada kita semua untuk kita sentiasa berjalan dijalan lurus menuju-Nya didalam menggapai Redho-Nya fi dunia wal Akhirat.Ameen.


30 Rejab 1434

No comments: