15 September 2006

Perempuan itu aurat
















Dari Ibnu Mas'ud Radhiyallahu anhu beliau berkata,dari Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya perempuan itu adalah aurat,maka apabila dia keluar dari rumahnya,maka dia akan di iringi oleh syaitan dan sedekat-dekat seorang perempuan dengan ridha Tuhannya adalah ketika dia berada didalam ruang rumahnya"

(Hadith riwayat Tarmizi dan Ibn Khuzaimah)

Teringat kata-kata ustaz-ustaz dan ustazah berkenaan topik aurat, yang pernah aku ikuti kuliah beliau,tersentuh rasanya hati ini......mudah-mudahan,aku diberi hidayah-NYA untuk berubah dari segi berpakaian.Ameen.

Ustazah safiah kata...."bagi wanita-wanita yang tidak mahu tutup muka,maka cubalah BERSEDERHANA dalam mempamerkan muka dikhalayak ramai.Jangan berlebih-lebihan...."

Ustaz Zaharuddin kata....."ada orang tu dah ok bajunya,longgar, lengan berbutang, kaki bertutup, tudung pun dah pakai... tapi tudung yang dipakai tu sebenarnya tudung saji...means JARANG. Boleh nampak apa yang ada kat dalam tudung tu....."

Ustaz Fadhil kata....."apabila wanita keluar rumah dalam keadaan tidak mengikut syarak, maka akan HANCURLAH masyarakat...."


Buat guru-guru ku yang sangat dihormati,
Ustazah Safiah,Ustaz Zaharuddin,Ustaz Fadhil,

Terima kasih diatas tunjuk ajar kalian,
Semoga Allah membalas amalan kalian dengan pahala yang besar &
semoga kalian semua sentiasa berada dibawah Rahmat Allah.Ameen.


Wallahu a'lam.

2 comments:

eNeFF said...

Kak Ipah ada kemajuan, insaf masuk blog akak... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

IFFAH said...

Al-hamdulillah,segala puji-pujian hanya untuk Allah swt.

Akak pun nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, semoga tahap keimanan kita akan bertambah ketika berada didalam bulan yang penuh keberkatan ini.Ameen.

Lama kita tak jumpa ye, masing2 busy, akak pun dah lama tak pegi bangi.Insya-Allah,bulan puasa nanti,akak plan, nak buka puasa ramai-ramai kat rumah akak, nanti akak masak2.Ingat nak ajak kak ton & kak wani.Apa-apa pun confirm balik.

Nanti rajin2 le visit blog akak ye.Insya-Allah,akak akan update.Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat hidayah-NYA.Ameen.