31 October 2006

Taqwa

Cakap pasal taqwa ni,rupa-rupanya, masih ada dikalangan kita yang belum faham apa makna taqwa. Jadi, marilah sama-sama kita kongsi bersama ilmu Allah yang bakal dicoretkan secara ringkas dibawah ini tentang makna taqwa. Mudah-mudahan, kita sama-sama beroleh hidayah-Nya.

Para ulama' berkata, taqwa itu adalah menuruti perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya dari segi lahir & batin. Manakala sebahagian ulama' berkata ,taqwa itu adalah Allah swt harus ditaati, tiada boleh dimaksiati, harus diingati, tiada boleh dilupai dan harus disyukuri, tiada boleh dikufuri. Jadi disini, boleh disimpulkan bahawa taqwa itu bermaksud mengerjakan perintah yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Oleh yang demikian, setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan' ini dan memahami apa makna taqwa, marilah kita sama-sama bertekad untuk mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Wallahu a'lam.

Doa :

Ya Allah ! Sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk melakukan
amal ibadat yang banyak.Oleh yang demikian, bantulah diri ini
dalam meninggalkan maksiat & larangan-Mu dari segi zahir & batin
agar diri ini tidak dijerumuskan ke neraka jahannam.

Ameen.

Tertarik dengan kata-kata hakim Dirani.....,
"saya selalu berfikir dimanakah tempat saya diakhirat nanti"?


8 Syawal 1427

30 October 2006

Salam Eidulfitri
















Salam Kemenangan di aidilfitri.Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kerana kita masih lagi berada di bulan syawal. Bila tiba syawal, kita mesti terfikir tentang makanan, open house , baju baru , duit raya dan seumpamanya.....

Adakah pernah kita terfikir bahawa puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas benar-benar melahirkan sifat taqwa dalam diri kita ? Sekiranya ada, Al-hamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt. Dan...seandainya sifat taqwa ini benar-benar lahir setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan', adakah pernah kita terfikir bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan sifat taqwa tersebut didalam diri kita sehingga ke akhir hayat sebelum kita dijemput mengadap-NYA. Jika tiada....fikirkanlah dan usahakanlah sedaya upaya supaya sifat taqwa tersebut berkekalan didalam diri kita ...........mintalah pertolongan dari-NYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah ! Aku Memohon Kepada-Mu Petunjuk, Taqwa,
Terpelihara Daripada Segala Dosa & Hidup Yang Berkecukupan.

Ameen.Ya Robbal Aa'lameen.

Beberapa petikan ayat-ayat Allah untuk memotivasikan diri sendiri, mudah-mudahan diberi kekuatan oleh-NYA.Ameen.

"....berbekallah kamu dan sesungguhnya sebaik-baik perbekalan, ialah taqwa..."(2:197)

"....untuk orang-orang yang taqwa disisi Tuhannya ada syurga yang mengalir air sungai dibawahnya, sedang mereka itu kekal didalamnya......" (3:15)

"...sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa ...." (3:76)

Untuk sahabat dan kenalan, dikesempatan syawal yang mulia ini, mohon maaf diatas segala-galanya dan semoga ukhwah yang terbina ini adalah kerana-NYA.

Wallahu a'lam.

7 Syawal 1427.

03 October 2006

Mutiara kata





















Indah itu bukan pada zahir
Tapi terletak pada tutur,
Terhampar pada pekerti,
Terselah pada santun,
Tersentuh pada hati,
Yang indah itu sukar dicari
Tanpa menilai dengan mata hati......


Wallahu a'lam.

10 Ramadhan 1427