17 September 2009

Didedikasi khas untuk sahabatku

.
Ketika jari jemari ini menulis entry kali ini,hati ini masih didalam keadaan bersedih diatas pemergian ibu kepada sahabat baikku pada 25 Ramadhan 1430.Hati ini tidak dapat menahan sebak melihat sikapnya setelah menerima berita kematian ibunya.Sungguh pilu dan sedih.Dia seolah-olah telah menganggap dirinya tidak mempunyai sesiapa di dunia ini lagi.Ya Allah, bagaimana harus kutenangkan hati sahabatku ini ? Aku tak mampu memberi kata-kata semangat kepadanya disaat hatinya sedang lemah ini.Hanya yang mampu aku lakukan adalah doa.Doa demi doa dipohon agar Allah swt memberinya ketabahan,kekuatan dan redha menerima ujian ini kerana aku yakin semua itu datang dari-Nya.Wahai sahabatku, semoga Allah mengurniakan ketabahan,kekuatan dan redha didalam hatimu untuk menghadapi ujian ini.Apa yang penting buatlah yang terbaik untuk ibumu kerana khidmatmu kepada ibumu masih belum selsesai walaupun telah berpisah.Berbuatlah sesuatu untuknya agar hatimu tenang dan redha.Ingatlah...kamu tidak keseorangan didunia ini.Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.
.
27 Ramadhan 1430

No comments: