09 September 2009

Kisah Hari ini

.
Hari ini saya membaca entry sahabat dunia akhirat saya, m.maisarah tentang 'kisah semalam'.Subhanallah Mahasuci Allah,saya benar-benar tersentuh hati dengan tulisan beliau pada kali ini.Menitis air mata saya disaat membacanya sekaligus menginsafkan dan menyedarkan yang diri saya ini telah jauh dari Allah swt. Astaghfirullahal a'zim...ampunkan diriku wahai yang Maha Pengampun.
.
Tulisan beliau kali ini sungguh kemas dan teratur.Mungkin dilahirkan dari sekeping hati yang suci dan bersih.Tiada noda dan dosa.Membaca tulisan beliau, saya merasakan hati saya ini masih tebal dengan noda dan dosa serta masih belum bersih walaupun telah melalui Madarasah Ramadhan selama 19 hari ini.Ya Allah,sudilah kiranya dikau memberi petunjuk kepadaku cara untukku membersihkan dosa-dosa yang besar lagi banyak ini.
.
Antara bait-bait yang menyentuh hati saya adalah :
.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan".Maha Suci Tuhan, sesungguhnya tiada satu pun nikmat Mu yang kami dustakan dan tidak syukuri, melainkan kami ini sentiasa terkhilaf dan lalai, maka bantulah kami untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah dengan lebih baik kepadaMu. Ameen.
.
Terima kasih sahabat, kerana menyedarkan saya dan mudah-mudahan saya akan berusaha dengan lebih gigih untuk membersihkan hati saya yang semakin lama semakin menebal dengan dosa.Saya akan berusaha sedikit demi sedikit dan tidak akan berputus asa kerana saya yakin usaha yang sedikit itu bila dikumpul akan membuahkan hasil.Insya Allah.
.
19 Ramadhan 1430

2 comments:

ZULTIE said...

FAkta yang menarik.. terima kasih krn sudi singgah di blog k.Tie..

shaniza said...

Salam..
Allah berjanji hendak menambahkan kenikmatan orang yang mahu mensyukuriNya.."Demi jika kamu berterimakasih, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu, tapi jika kamu kufur (tiada berterimakasih) sesungguhnya seksaan-Ku amat keras"