28 October 2009

Pecinta Makkah Al-Mukarramah & Perindu Madinah Al-Munawwarah

. .
4 hari lepas kawan saya telah menghantar sms yang berbunyi "telah sampai di Madinah pukul 7 pagi waktu madinah..."Sebaik sahaja membaca sms ini tiba-tiba hati saya diulit rindukan bumi Madinah Al Munawwarah.Dgn pantasnya saya membalas"Alhamdulillah,Rindunya saya dengan bumi Madinah Al Munawwarah..".Kami terus bersms.."kalau begitu cepat datang kesini".Saya membalas lagi..."Doakan saya & kawan-kawan sampai ke sana pada tahun hadapan ye..".Dia menjawab lagi..."Insya Allah,saya doakan...".Sms kami berhenti disitu sahaja namun hati saya masih belum berhenti dari merindui bumi Madinah.Rindu semakin kuat.Semakin lama mengingati semakin kuat rindu saya kepada Bumi Madinah Al Munawwarah dan semakin kuat cinta saya kepada Makkah Al Mukarramah.
.
Bagi menghilangkan rindu tersebut,saya perlu menatap gambar-gambar ini......
.








































.








































Moga-moga berkat doa kawan saya di Tanah Suci,hajat saya untuk menyempurnakan Rukun Islam ke 5 akan tercapai.Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dalam menyempurnakan ibadah-ibadah kepada-Nya khusus yang wajib.Ameen.Buat sahabat saya,semoga Allah swt mempermudahkan urusanmu disana dan semoga memperolehi haji mabrur.Ameen ya Robbal A'lameen.

.
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
..
9 Zulkaedah 1430

Adab & Akhlak

Kali ini nak menceritakan pasal sambutan majlis haul al-imam al habib Abdullah al-haddad.Buat pertama kalinya saya telah menghadirkan diri di majlis ini dengan izin-Nya.Itu pun atas semangat dan dorongan yang diberikan oleh m.maisarah sahabat yang saya sayangi.Dia sentiasa mendorong saya untuk berbuat kebaikan dan sentiasa membantu saya dalam kesusahan.Dia saya ibaratkan sebagai Najwa,kawan albazrah.Jika Allah mengurniakan najwa kepada albazrah,Allah juga mengurniakan m.maisarah kepada saya.Alhamdulillah wa syukrulillah kerana mengurniakan kepada kami insan-insan ini.
.
Buat pertama kali menghadiri majlis ini,saya masih terpinga-pinga tentang tujuan majlis ini diadakan.Setelah ceramah bermula barulah saya faham tujuan sebenar ianya disambut setiap tahun.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mengingati al-imam al-hadad secara dekat khususnya ilmu & amalan yang dimiliki oleh beliau serta menjaga & mengekalkan ilmu dan amalan tersebut didalam diri kita.Amalan-amalan tersebut adalah ratib al-haddad dan wir-ul-latif.Moga-moga kita dapat mengamalkannya dengan istiqomah.Ameen.
.
Tema majlis haul kali ini adalah akhlak & adab.Setiap ceramah yang disampaikan adalah berkaitan akhlak & adab didalam kehidupan sehari-hari.Akhlak merupakan amalan yang paling tinggi dan berat jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain.Walau bagaimanapun, orang yang berakhlak bukanlah diukur dengan banyaknya puasa,banyaknya solat dan banyaknya sedeqah.Akan tetapi ianya diukur dengan hati yakni mempunyai hati yang baik.Akhlak bukan hanya yang dizahirkan sahaja tetapi hati juga mesti berakhlak dengann menjauhi sangkaan kerana islam mengajar kita untuk berakhlak sampai ke dalam hati.3 tingkatan akhlak muslim adalah orang muslim yang menjaga lisan & perbuatannya dengan orang lain yakni orang lain merasa aman dengan lisan dan perbuatannya,orang muslim yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.Jika ia tidak dapat memberikan manfaat kepada orang lain hendaklah juga tidak merugikan orang lain dan muslim yang membalas kejahatan dengan kebaikan.Ini adalah darjat paling tinggi.
.
Itulah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsi hasil dari menghadirkan diri di majlis haul.Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua.Allahu a'lam.
.
'Jagalah diri kamu dari kata-kata "sayalah ini,sayalah itu,saya yang buat begitu dan sayalah yang jadikan begini..." kerana syaitan itu hancur dengan kata-kata tersebut.Dikhuatiri juga perkataan 'saya' itu akan menghancurkan dirimu.'-Al-imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-haddad.
.
9 Zulkaedah 1430

23 October 2009

Aku Yang Berdosa

.
Kulakukan berbagai dosa hingga menemui kehinaan
Air mataku pun mengalir dengan begitu derasnya
Aku mengecam hati yang telah sedar
Kepada siapa hamba akan mengadu
bila tidak kepada Tuannya
Sang Penguasa seluruh hamba...
.
Kudatangi Engkau dengan penuh harap
Lepaskanlah seperti yang Kau lihat buruknya keadaanku
Aku telah menderhakai-Mu dengan kebodohanku
Aibnya dosa tidak pernah terlintas dalam benakku
Kepada siapa lagi hamba mengadu selain Engkau
Yang Maha Penguasa seluruh alam....
.
Wahai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan & kederhakaan,nasihat tidak lagi bermanfaat untukmu.Berbagai musibah & kejadian tidak pula kunjung manyedarkanmu.Perputaran waktu tidak pernah engkau rasa dan suara kematian tidak pernah terdengar olehmu,seolah-olah engkau wahai orang yang malang akan hidup selamanya dan tak akan pernah mati.
.
Wahai penderhaka kepada Penguasa Arasy,segeralah bertaubat dari dosa!Ikutilah jejak kaum yang bertaubat.Lewatilah jalan kaum yang kembali kepada Tuhan serta mendapat taubat dan ampunan.Kerahlah redhamu untuk meraih redha Tuhan Yang Maha Pengasih.Mereka bangkit beribadah dikegelapan malam serta membaca kitab Tuhan dengan jiwa yang cemas dan hati yang gementar.Mereka meletakkan kening mereka di tanah dan meminta keperluan kepada Zat Yang melihat tetapi tidak terlihat.
.
Wahai pemaksiat,itulah ubat suci mujarab untuk dirimu.Moga-moga dirimu yang berdosa itu akan disembuhkan melalui ubat bernama tauwbat.Ameen.
.
4 Zulkaedah 1430