Burdah bab 10 : Doa & Munajat
(152)Wahai Makhluk yang paling mulia!Siapa lagi yang akan menolongku selain engkau ketika berlakunya huru hara yang menyeluruh(153)Kiraya,pangkatmu yang luas itu tidak akan sempit dari melindungiku,ketika Allah akan tampil dalam keadaan seorang yang akan membalas segala dosa dan kesalahan.(154)Kebaikan dunia & kebaikan akhirat adalah sebahagian dari kemurahanmu,sementara ilmu yang ada di Lauul Mahfuz dan Al Qalam adalah sebahagian dr ilmu yg diberi oleh Allah kepadamu.(155)Oleh itu,Wahai diriku!Janganlah engkau berputus asa dari kesalahan walaupun besar,kerana dosa-dosa besar itu sebenarnya kecil bila dibanding dengan keampunan Allah.(156)Kiranya rahmat ilahi ketika dibahagikan akan tercucurlah sesuai dengan keperluan.Besar dosa,maka besar pula Rahmat yang akan diberikan.(157)Wahai Tuhanku!Janganlah kiranya Engkau hampakan harapanku & janganlah Engkau hancurkan hisabku kelak di akhirat.(158)Ya Allah,kasihanilah hambaMu ini,baik di dunia ataupun di akhirat,kerana kesabarannya sangat tipis.Kalau ditimpa musibah ia akan cepat hilang(159)Ya Allah izinkanlah bagi awan rahmat untuk mencucurkan salawat dan salamnya ke atas Nabi Muhammad saw.Biarlah ia tercucur dengan deras dan lebatnya.(160)Juga ke atas keluarga,sahabat dan para tabien.Mereka inilah orang-orang yang sentiasa bertaqwa suci,penyantun dan pemurah.(161)Selama dahan kayu "al baan" masih digoyangkan oleh tiupan angin "shaba" dan selama unta menari kegirangan kerana mendengar irama nasyid pengiringnya.
8 Muharam 1433
No comments:
Post a Comment