08 December 2006

Kota Bharu The Islamic City

















Al-hamdulillah, baru boleh menulis semula.Sebelum ini, terlalu
busy dengan urusan pejabat dan urusan keluarga. Boleh dikatakan,
every week jadi seorang musafir. Bermula dengan bermusafir ke
Langkawi atas urusan Pejabat , lepas tu ke Kulim kedah dan balik
kampung di Kelantan atas urusan keluarga kerana menguruskan
walimah abang. Al-hamdulillah, lega rasanya bila semua perkara
ini telah selesai dan berjalan lancar. Puji-pujian buat -Mu wahai
Tuhanku kerana telah mempermudahkan urusan ini.

Saja nak bercerita sedikit tentang Kota Bharu The Islamic City.
Nak bercerita panjang-panjang, tak sempat.Masa telalu limited.
Sebenarnya, Teruja dengan urusan Pentadbiran Secara Islam
oleh Kerajaan Negeri Kelantan..:-)

12 Zulkaedah 1427....sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur
pada sebelah petang, pergi ke bandar Kota Bharu untuk shoping
-shoping. Sebaik saja keluar dari kereta,kedengaran alunan
zikrullah oleh Ustaz Asri Ibrahim dicorong -corong speaker yang
diletakkan ditengah-tengah mercu tanda Kota Bharu Islamic City.
Subhanallah, sungguh tenangrasanya bila berada didalam situasi
begini. Kebetulan pada hari tersebut merupakan hari berkerja
bagi penduduk Kelantan, jadi kebanyakan orang berada didalam
Pejabatmenyebabkan bandar Kota Bharu lengang. Sedang pusing
-pusing di gedung buku yangterbesar di Kota Bharu, tiba-tiba,
kedengaran pula bacaan al-qur'anoleh Sheikh Saad Said
Al-Ghamidi yang sedang mengalunkan bacaan dari surah
kegemaran ana iaitu surah an-nisa'. Subhanallah, Tabaarokallah,
memang sesuailah bandar ini mendapat gelaran Kota Bharu the
islamic city, ke mana- mana saja pergi, akan kedengaran
alunan zikrullah.

Ada sesuatu yang menarik dihati ana tentang bandar ini iaitu
Mutiara Hati yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran
Kota Bahru, satu DOA untuk bandar & penduduknya.
Jom kita baca sama-sama.....

Doa Maulana Idris Al-Azhar, Sebelum pembinaan Bandar Fez(Faas)

Ya Tuhanku, aku tidak berminat untuk membangunkan
bandar ini untuk mendapat sanjungan atau menunjuk-nunjuk,
dan tidak bertujuan untuk kebanggaan dan kesombongan, tetapi
aku mahu bandar ini menjadi tempat beribadat kepada engkau,
undang-undang, peraturan dan prinsip-prinsip Al-Quran dan
juga Sunnah nabi tertegak di dalamnya selagi dunia ini masih
wujud.

Ya Allah Tuhan Maha Kuasa, tolonglah penduduknya untuk
melakukan kebaikan dan bimbinglah mereka ke arahnya,
Ya Allah Tuhan Maha Kuasa, peliharalah mereka dari kejahatan
musuh-musuh mereka, dengan kemurahan engkau halanglah
mereka dari kejahatan. Ya Allah, sesungguhnya engkau mampu
melaksanakan semua benda. Ameen.

Semoga Kota Bharu The Islamic City kekal dengan identitinya
yang tersendiri & semoga Allah memberi perubahan ke satu tahap
yang lebih baik.Ameen.

17 Zulakedah 1427

8 comments:

BaYu SenJa said...

apa kaba orang kedah? kalau dah di Langkawi, pastu sempat pula ke Kulim, 'dan' ke 'tak dan' singgah di Sungai Petani? saya orang sungai petani tau :)
Bagus la kan ada jugak bandar islam di Malaysia.. walaupun tidaklah seIslam bandar yang telah dibina di madinah oleh Rasulullah di zaman baginda, semoga usaha ini menuju dan dipandu ke arah itu.

Anonymous said...

O saya terbaca tentang Univeriti Kelantan akan diwujudkan? Benarkah itu?

IFFAH said...

Salam,

bayu senja :

o org sg petani..tak dan nak singgah.Terkejar-kejar. Em..tu la,hope sangat islamic city ni kekal sampai bila-bila..insya Allah.

serunai faqir aka sf :

Benar.Sebab ana da dapat offer (verbal) untuk bekerja kat universiti kelantan tu...may be tahun depan. Satu lagi, hari tu ada keluar paper tentang pertandingan mencipta logo Universiti Kelantan.Lokasinya may be di Bachok atau Jeli.Belum confirm lagi...

Wassalam.

IFFAH said...

salam,

Akma,kak iffah pun suka dengan doa tu...that's y,save dalam blogini..untuk di shar bersama :-)

Iman Mawaddah said...

Kak Iffah,
baru berkesempatan menjengah ke blog akak..Kelantan memang terkenal dengan jolokan nama serambi mekah.Damai sekali bila berada di sana.

Tentang tag yang akak jawab untuk Hakim Dirani, terima kasih kerana menyukai blog saya. Tiada apa yang menarik tentang saya. Sekadar seorang insan yang sedang memperbaiki perjalanan hidupnya :)

IFFAH said...

Salam

Imanmawaddah,

Al-hamdulillah, memang damai sekali berada disana...mawaddah pernah sampai sana atau memang berasal dari kelantan ?

Naifolar,

Insya-Allah, Moga ana diberi 'izin-Nya untuk meneruskan usaha ini.Jazakillah.

Wassalam

tudunghijau said...

askum kak iffah :)
seminggu nak p blog akak, tak berkesempatan...malam ni g dgn fatimah...:) dua org umah akak yang meghuru hara kan :)....letih study bile dapat bace hal2 rohaniah,rase tenang jiwa...akak mmg bz...tapi kami org umah dah faham dah...:)yng paling best,akak tak penah lupe ajak g majlis2 ilmu...syukran akak.moge Allah temukan akak dgn insan yang soleh mcm .. :)jgn mara tau :)

IFFAH said...

Salam

tudunghijau,

Tak marah....cuma geremmmm jer.Emmm,tak lah,kan kita dah janji nak berpegang dengan kata-kata ni.."Asssobrul minal ieman.." :-)

Emm...tak per, nanti akak bawak pegi lagi majlis2 ilmu yang lain.Tapi confirm yang satu ni mesti tak nak pegi-Kuliah subuh kat Masjid Saidina Hamzah,:-)

Wassalam