07 December 2006

TAG

Ana telah diamanahkan oleh Hakim Dirani untuk menyambung TAG ini.
Walaupun kesuntukan masa disebabkan busy dengan kerja-kerja pejabat,
ana kena cari masa untuk menyempurnakan 'assignment' ini bagi tidak
menghampakan Hakim.

Buat Hakim Dirani, maaf dipinta sebab kak iffah lambat reply TAG ini.
Serba ringkas mengenai Iffah Humaira......

5 Benda atau Perkara Yang Saya Akan Lakukan Jika Saya Seorang Jutawan

1.Membina Masjid / Surau
2.Membeli tanah untuk diwakafkan sebagai tanah perkuburan islam
3.Membina kilang untuk membekalkan halal produk kepada muslim
4.Membina pasaraya yang berkonsepkan islam,bersebelahan masjid
5.Membeli Al-Quran utk dibekalkan kpd Masjid,Surau,Sekolah & Hotel

5 Tabiat Buruk

1.Tidak istiqomah dengan sesuatu amalan
2.Suka bertangguh (certain job)
3.Suka buat kerja last minute
4.Formula 1 - Suka memandu laju
5.Suka mandi malam

5 Perkara Yang Saya Benci Melakukannya

1.Memutuskan silarturrahmi
2.Mengumpat
3.Berpura-pura
4.Mengendalikan/Menghadiri Majlis Keramaian Yang Ada Unsur Maksiat
5.Menghabiskan masa untuk perkara yang tidak memberi manfaat

5 Perkara Yang Tidak Akan Saya Lakukan

1.Mempersekutukan Allah swt
2.Memakan Riba
3.Memutuskan Silarturahmi
4.Bertengkar/Berbalah
5.Mengendalikan/Menghadiri Majlis Keramaian Yang ada Unsur Maksiat

5 Perkara Yang Saya Menyesal Lakukan

1. Memarahi anak saudara kerana kenakalannya - Hadi
2.Menolak ciuman pipi dari kanak-kanak istimewa, anak saudara - Ilah
3.Tidak dapat hadir majlis konvokesyen sahabat karib - Aini & Ct
4.Tidak dapat hadir walimah ex-roomate - Nora
5.Ponteng kelas tafsir al-qur'an yang diajar oleh Ustazah Safiyah

5 Permata Hati Saya

1.Allah & Rasul-Nya
2.Ma & Abah
3.Kakak, Abang & Anak saudara
4.Kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan untuk diri ini
5.Para Daie & Daie'ah yang sentiasa membimbing diri ini menuju Jalan-Nya

5 Tempat Yang Saya Sukai

1.Masjid espceially Masjid Negara Malaysia
2.Majlis Ilmu
3.Bilik saya di Pejabat
4.Perpustakaan & kedai buku
5.Rumah di Kelantan & Kuala Lumpur

5 Saat Penuh Bermakna

1.Disaat menerima hidayah Allah swt - rejab 1426
2.Ketika memberi ciuman pipi kepada Ma & Abah
3.Menjadi Imam Solat Terawih Ramadhan 1427 kepada Ibu tercinta
4.Semasa berada di Majlis Ilmu
5.Ketika dapat menyempurnakan permintaan ma & abah

5 Benda / Perkara Yang Saya Sukai

1.Al-Qur'an
2.Laut / Pantai
3.Orang-orang Soleh & Solehah
4.Kanak-kanak & Orang tua
5.Bacaan Al-qur'an oleh Imam Riyadh, Sheikh Saad Said Al-Ghamidi
--terutamanya Surah An-nisa'

5 Perkara Tentang Diri Saya

1.Pemalu
2.Suka memberi
3.Suka duduk di Rumah
4.Penyedih
5.Tidak suka dimarahi

5 Orang Yang Paling Saya Suka Di Dalam Blog ini

1.Albazrah, kagum ketika bertemu beliau semasa iftar di Masjid Uia
2.Hakim Dirani, Suka baca artikel beliau tentang Syria
3.Nureeman, Kagum & Teruja dengan blog beliau
4.Imanmawaddah, Ingin sekali mengenali beliau dengan lebih dekat
5.Zaharuddin.Com, Terlalu banyak ilmu-Nya yang boleh diperolehi disini

5 Orang Yang Saya Pilih Untuk Menyambung Tag Ini

1.Rozais Al-anamy, rupa-rupanya kita ni dari negeri yang sama
2.Nureeman, rupa-rupanya kita ni study di IPT yang sama
3.TanahPusaka, tertarik dengan nama anda
4.Buku Nota, Salam Ukhwah
5.Nuur Ilham, Salam Ukhwah & Ukhwah Fillah.

Wassalam.

16 Zulkaedah 1427

8 comments:

tudunghijau84 said...

askum kak pah (iffah humairah) :)
first time nie kak...dari hari ke sehari nak buka blog kak pah, akhirnye mlm jumaat ni jd saksi first attempt...first impression selama 3 saat...spt berada dlam majlis ilmu :)kak pah, keep up ur good work...

hakim dirani said...

Kak Iffah,
Terima kasih kerana memenuhi permintaan saya.

Saya juga amat meminati blog akak.

IFFAH said...

Salam,

tudunghijau84:

Syukran Jazilan coz visit blog akak;-) Akhirnya......diizinkan Allah swt.Al-hamdulillah.Insya-Allah,moga diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan usaha ini.
Ameen

Hakim Dirani:

Al-hamdulillah,lega rasanya bila dah dapat tunaikan permintaan orang.Jika belum tunaikan, rasanya ada benda yang terhutang.Semoga ukhwah ini berterusan.Ukhwah fillah ;-)

17 Zulkaedah 1427

IFFAH said...

naifolar,

salam ukhwah.Anti ada juga ke di masjid al-falah tempohari.Yang mana satu ye ?

Syukran coz sudi visit blog ini.

Wassalam.

YaMiNa said...

assalamualaikum
maaf baru ni dtg lawat...
nai ari tu takde di masjid Al-falah, pada mulanya kan kita janji nak pi sama2 ke surau Alfalah kota damansara tapi kak iffah x jd pi, kalu tak, dapatlah kita bersama-sama dengan nai sekali malam tu.... apepun suke sgt taaruf dgn kak iffah di kuliah sheikh nur :)

IFFAH said...

Salam,Yamina,

Em,tak der rezeki nak jumpa naifolar.Tak pe, next kuliah,InsyaAllah.Bila dah jadi macam ni akak teringat satu ayat Allah swt yang maksud dia lebih kurang cam ni,tapi kak iffah dah lupa ayat berapa & surah mana..

"Allah Merancang dan kita juga merancang,tetapi Allah adalah perancang yang terbaik."

Al-hamdulillah, akak juga syukur sangat dapat ta'ruf dengan yamina.

Wassalam.

tuan tanah said...

salam.

alamak...
tanahpusaka itu blog sayakah?
errr... kena jawablah ini ya?
tapi bukan wajib, sunat sahaja kan? :)

IFFAH said...

Salam,

tuan tanah,

Ye,blog anda ler tu..Tak memaksa,cuma kalau jawab lagi afdhal :-)

Salam Ukhwah