19 January 2007

Salam Maal Hijrah 1428


















Maksud hadith :

Seseungguhnya orang-orang yang beriman & berhijrah itu,
merekalah orang yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah.

Em,rasanya baru je menyambut tahun baru hijrah 1427,
tup,tup, tahun hijrah 1428 dah muncul. Cepatnya masa
berlalu.Kalau nak disemak, azam tahun 1427 masih banyak
lagi yang belum tercapai. Tapi kini, azam tahun 1428 tetap
ditanam. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk
mencapai azam yang belum tercapai. Insya-Allah, Ameen.
Umumnya, azam kita semua mesti sama iaitu nak berhijrah
kepada yang baik. Tapi...pengkhususannya memang berbeza.
Walau apapun azam kita, kita mesti ada teknik dan perancangan
yang teliti untuk berhijrah. Walau bagaimanapun, perancangan
ini tidak boleh kering dari unsur spritual ( pertolongan Allah )

Unsur penting yang perlu ada untuk berhijrah adalah Ilmu.
Jadi, perancangan atau teknik yang perlu ada untuk berhijrah
adalah :

(i)Bila nak cari ilmu
(ii)Macamana nak cari ilmu
(iii)Siapa yang nak dilmukan

Selepas mempunyai ilmu didada, amalkanlah segala ilmu tersebut
sehingga diri kita dapat 'develop' iman yang benar-benar mantap
& istiqomah. Dan setelah berhijrah, berjihadlah dengan menyebarkan
kebenaran tersebut kepada orang lain.

Itulah, ilmu Allah yang dapat dikongsi sedikit sebanyak. Untuk
mengetahui teknik penghijrahan yang paling baik, baca & telitilah
Sirah Nabawiyah-Penghijrahan Baginda Saw Bersama Sahabat-.

Wassalam.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428 !
Semoga Proses Penghijrahan Didalam Diri Kita
Berlaku Setiap Saat ,Setiap Masa,Setiap Hari &
Setiap Tahun . Selamat Mengislah Diri !

29 Zulhijjah 1427

10 comments:

Anonymous said...

salam,

salam kenal,

salam maal hijrah

bagus blog ni, teruskan pengisian utk warga blogger kita ya..

IFFAH said...

Kak Long,

Salam Ukhwah.Syukran = Terima kasih sebab visit. Insya-Allah, mudah2an diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskannya.

Anonymous said...

ya iffah,

Salam ma'al hijrah

"Ya Allah, tunjuk kan kami jalan menuju Mu"

-alida-

IFFAH said...

Salam, Alida,

Salam maal hijrah & selamat mengislah diri. Ameen. Semoga doa hang dimakbulkan.Insya-Allah !

hakim dirani said...

Terima kasih kerana saya dapat banyak faedah darinya.

Iman Mawaddah said...

Salam Kak,

Apa khabar? Semoga hijrah kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lalu.

YaMiNa said...

salam kak apa khabar....

Anonymous said...

salam iffah.. sama2 lah kita berkongsi ilmu di www.iplanner.org

BaYu SenJa said...

moga tidak terlambat walaupun memang dah terlambat..
selamat menjiwai ruh Hijratur Rasul S.A.W.

maaf, dah lama tak menyapa.. Hanya singgah mendengar berita:)

hakim dirani said...

Kerana saya masih belajar, alhamdulillah Sirah dapat saya teliti saban hari.