27 February 2007

Larangan hasad

Em….lama betul blog ini telah 'dibiarkan'.
Hari ni nak mula menulis semula,pasal
larangan hasad (dengki). Susahnya nak
hilangkan sifat ini dalam diri. Apa-apa pun kena
ada benteng dalaman.Baru boleh kawal sifat ini.
Insya-Allah. Sedikit ilmu Allah tentang larangan
hasad (dengki) untuk kita kongsi bersama.
Mudah-mudahan kita sama-sama diberi kefahaman
yang luas.Insya-Allah, Ameen !

Hasad atau dengki maksudnya bercita-cita supaya
nikmat yang ada pada orang lain hilang. Nikmat yang
dimaksudkan termasuklah nikmat agama atau nikmat
dari segi keduniaan.misalnya iri hati melihat orang lain
taat beragama lalu bercita-cita supaya orang itu itu
terpengaruh dengan unsur-unsur maksiat. Dari segi
keduniaan misalnya cemburu melihat orang lain
mempunyai kereta lalu menginginkan supaya kereta
itu hilang.Berbuat hasad sungguh besar dosanya dan
buruk akibatnya. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

Jauhilah sifat hasad kerana hasad memakan kebaikan
Sebagaimana api memakan kayu kering ” (H R Abu Daud)

Adapun ubat untuk menghilangkan penyakit hasad
dengki ini antara lain ialah :

Kita yakin dengan sesungguhnya bahawa apa yang berlaku
di alam ini adalah atas ketentuan Allah swt.Allah swt yang
mencorakkan segala yang ada di alam ini sesuai dengan
kehendakNya.

Kalau sudah yakin bahawa nikmat yang ada
pada oranglain itu pemberian Allah swt, hendaklah
berdoa kepada Allah swt supaya mengekalkan nikmat itu
kepadanya.kemudian kalau ingin mendapat nikmat seperti
itu,hendaklah berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu &
banyak berdoa kepada Allah supaya memberikan nikmat itu
juga kepada kita. Kerana Allah swt yang memberi dan dia yang
memiliki semua yang ada di langit & dibumi.
.
Syair berkata :
.
Wahai pengdengki terhadap nikmat yang Allah telah
turunkan, tahukah engkau, kepada siapa engkau tidak
beradab ? Engkau berkelakuan tidak baik kepada Allah,
yakni terhadap hukumNya kerana engkau tidak senang
terhadap apa yang telah diberi oleh Allah kepada orang
lain.
.
Amalan harian :
.
Ana tidak pernah tinggalkan doa dari ayat al-qur'an :
surah al-hasyr ayat 10 setiap kali selepas solat. Tujuan
nya adalah untuk menghilangkan hasad. Al-hamdulillah,
berkesan. Cuba amalkan. Insya-Allah, akan mendapat
pertolongan dari-Nya.
.
Doa :
.
Bismillahirahmanirahim ,
.
Ya Tuhan kami, ampunilah
kami & saudara-saudara kami yang telah mendahului
kami dengan keimanandan janganlah Engkau adakan
dalam hati kami iri hati( dengki ) terhadap orang-orang
yang beriman. Ya Tuhan kami. sesungguhnya Engkau
amat pengasih dan penyayang. Ameen !
.
Wassalam. Allahu taala a'lam.
.
10 Safar 1428

6 comments:

hakim dirani said...

Ameen, sifat ini memang susah untuk dihilangkan.

BaYu SenJa said...

kenapa melayu terlalu sinonim dengan sifat dengki ya?!

BaYu SenJa said...

saya da tag iffah :)

iffah said...

Salam,

Hakim,
mudah-mudahan suatu hari nanti kita benar2 punyai hati yang bersih.Insya-Allah,Ameen.

Bayu,
Em..kena study dulu, baru boleh jawab soalan tu.

Tag...! Insya Allah. Pernah di tag oleh hakim, dulu guna asas 5.Sekarang kena fikir dulu nak guna asa berapa :-)

Wassalam.

elhamy said...

salam,

ingat 5 perkara,
sebelum 5 perkara,

(diciplak dari lagu raihan,nak tahu lebih,dengar2lah lagu raihan)

Anonymous said...

assalamu'alaikum.

saya sedang mencarai tips mengatasi sifat hasad dan kemudian terdampar di blog ini. beberapa hari ini saya merasakan kegalauan hati saya karena sifat hasad ini. ingin sekali membuangnya jauh2 tapi sungguh amat susah dihilangkan.

jazakumullah khoiron katsir atas tipsnya. insya Allah sangat bermanfaat.
wassalam