27 April 2007

Hadiah dari kholiq

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU & KEPADA-NYA AKU BERSERAH DIRI

Em,sebulan dua ni, tulisan dalam blog ini asyik berkisar pasal ujian-ujian
Allah. Mungkin,nak meluahkan apa yang tersimpan didalam hati ini.


Alhamdulillah, hari ini telah terjawab semua persoalan yang ditunggu
-tunggu. Ketika melalui ujian Allah suatu ketika dulu, hati kecil ini selalu
tertanya-tanya, "apakah hadiah yang berharga yang akan dikurniakan
oleh Allah kepada diri ini hasil dari kesabaran melalui ujian-ujian-Nya?"
Diwaktu itu, tidak dapat membayangkan macamana bentuk hadiah yang
bakal dikurniakan oleh-Nya. Tetapi, hati ini tetap besabar dan yakin ada
hadiah yang besar sedang menunggu diri ini. Hari ini, Jumaat 9 Rabiul
akhir 1428, Allah telah mengurniakan hadiah tersebut kepada diri ini yang
mempunyai nilai yangsunggguh tinggi. Tidak perlu disebutkan disini.Biarlah
ianya menjadi rahsia buat insan yang bernama iffah. Tetapi itulah kurniaan
illahi kepada diri ini. Subhanallah. Tabaarokallah. Hanya Allah yang
mengetahui betapa bersyukurnya diri ini. Al-hamdulillah !

Untuk memotivasikan diri sendiri, kata-kata dari Aidh Bin Abdullah
Al-Qarni sentiasa di'play' dikotak fikiran.Dan semoga ianya juga
bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua . Insya-Allah !



"Wahai masa lalu yang sudah berlalu & selesai, tenggelamlah
kamu sepertitenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi
kepergianmu & kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun
untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah,
& jangan kembali lagi.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatunya dilipat &
disimpan,bukan dibuka & dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-
lamanya & dikurung didalam penjara kelupaan, diikat dengan gari
didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu
diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ianya
suatu yang sudah berlalu & selesai.



Maka ia tidak mungkin dapat kembali dengan apa juga kesedihan,
tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan
tidak akandapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.
Ia adalah sesuatuyang sudah tiada."- La tahzan, Aid Abdullah Al-Qarni -
.
.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
.
Ya Allah, halalkan kebingungan pandangan hatiku kepada nur
cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu
yang lurus, danpalingkanlah orang-orang yang menyimpang dari
jalan-Mu kepada hidayah-Mu. Ameen !




Bagi yang menulis dan membaca artikel ini, sama-samalah kita menunggu
ujian-ujian Allah yang akan datang .Ini kerana ujian-ujian Allah ini akan
datang kepada kita dengan silih berganti sehingga kita berjalan dimuka
bumiini dengan tiada dosa.Semakin kita rapat dengan Allah, semakin
banyak ujian yang akan mendatangi kita. Apa yang penting, kita sentiasa
memohon kekuatandari-Nya.
.


Allahu taala a'lam.
..
p/s:
Hati, yakinlah, ada hadiah dari taala buat insan yang redha & pasrah.

.


9 Rabiulakhir 1428

6 comments:

hakim dirani said...

Tapi Ukhti, jika diri yang dhaif seperti saya ini, biarlah saya berdoa ujian yang hanya mampu saya hadapi.

fatimah_mastura said...

as-Salamu `alaikum waRahmatullah,
alhamduliLLah...


jazakiLlah khair ya habibti
diatas perkongsian ini... (^^,)

may ALLAH `Azzawajalla
continue to guide us and escalate
our Iman to a whole another level.
amiin...

fi amaniLlah
wALLAHu a`lam bisawab.

CerminDiri said...

salam kehidupan,
oklah tu....bukan senang untuk memotivasikan diri sendiri.

Achik_Sufi said...

Kata2 hikmah " seseorang itu akan lebih besar ujian akan mendatanginya apabila imannya semakin kuat kepada tuhan yang menciptakannya" p/s :siapkanlah dirimu selalu, moga terselamat dari tersimpang jalanmu...

BaYu SenJa said...

para sahabat dulu mengadu kepada Rasul apabila lama mereka tidak diuji. terasa bagai Tuhan yang Maha Agung itu melupakan mereka...

Sebenarnya ujian itu tanda Allah bersama kita. Selagi hebat diuji selagi tinggi maqamnya bila berjaya dalam ujian...
semoga diri ini mampu menghadapi ujian dari Tuhannya dan mendapat hadiah dari tuhannya juga :)

IFFAH said...

Salam,

Hakim dirani,

Benar tu ya akhi.Nabi saw juga menganjurkan kepada kita untuk memperbanyakkan doa itu. Insya-Allah, ana yakin sangat, apa-apa ujian yang Allah turun kan buat kita, adalah mengikut kesanggupan & kemampuan diri kita. La taakhof, Allah sentiasa bersam kita...

Ukhti 27,

Waalaikumussalam Warahmatullahi waba rokatuh. Afwan ya ukhti. Ana berharap sangat,setiap yang ditulis ini ada manfaat untuk sahabat-sahabat. Ameen !

Cermindiri,

memotivasikan diri sendiri ibarat menelan sesuatu ubat yang pahit.Suffer rasanya bila nak telan. Bila dah sampai ke dalam, barulah tersedar, ubat itu sebanarnya penawar...:-)

achik_sufi,

Syukran diatas kata-kata hikmat tu.Apa yang penting, kita semua sentiasa berada dijalan yang lurus walau dalam keadaan apa sekalipun kita berada.Insya-Allah,Ameen!


bayu senja,

benar apa yang akhi katakan itu. Mudah-mudahan kita semua memiliki sikap seperti sahabat-sahabat. Sesungguhnya ujian itu merupakan 'alat' untuk kita daki tangga makrifatullah. Insya-Allah, semoga kita sama-sama diberi kekuatan.Ameen.

Allahu taala a'alm.