طالما اشكو غرامى يا نور الوجود
وانادى يا تهامى يا معدن الجود
Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !
.
منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود
وارى باب السلام يا زاكى الجدود
Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!
.
يا طراز الكون انى عاشق مستهام
مغرم والمدح فنى يا بدر التمام
Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!
.
اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام
فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود
Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!
.
يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب
يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب
Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.
.
وعليك الله صلى ربى ذو الجلال
يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال
Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.
.
.
11 comments:
salam,
terima kasih atas lirik ni,orang pun dah lama suka.cuma tak tahu makna. kalau ada makna "ya saiyidina ya rasulullah' yang ada dlm cd pondok skh fahmi tu, tolong tulis juga.
semoga mencapai redha Allah.
Salam.Afwan.Insya Allah cuba cari.
salam ziarah
alhamdulillah, moga istiqamah menulis.
moga dapat meneruskan ukhuwah di alam maya.
Iffah- nama sama :)
http://islami98.blogspot.com/
Assalamu'alaikum iffah..
kamu orang malaysia?
salam kenal aku dr indonesia
kamu tahu majelis rasulullah di jakarta?
untuk berhubung add aku ya http://www.facebook.com/chinmilover
syukron
Salam,Ya,Dari Malaysia.Alhamdulillah ana tahu akan kewujudan Majelis Rasulullah dan juga pernah hadir Majelis Rasulullah di Cidodol,Jakarta Selatan Pada Disember 2011 sempena kedatangan Guru Mulia Al Habib Umar ke Jakarta.
Salam Kenal.
mohon copy ayat2 sebelum lirik kt atas tu yea.. nk follow blog awk ni mcm mane?
Syair yg membuat hati dan mataku menangis beriringan.. يكفي يا نورالاهله ان عجري طال....... يكفي يا سدن النبي
Ijin copas ustadzah... indah sekali syairnya..
Siapa pencipta lirik ini??
Izin copy, terimakasih
Post a Comment