31 October 2006

Taqwa

Cakap pasal taqwa ni,rupa-rupanya, masih ada dikalangan kita yang belum faham apa makna taqwa. Jadi, marilah sama-sama kita kongsi bersama ilmu Allah yang bakal dicoretkan secara ringkas dibawah ini tentang makna taqwa. Mudah-mudahan, kita sama-sama beroleh hidayah-Nya.

Para ulama' berkata, taqwa itu adalah menuruti perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya dari segi lahir & batin. Manakala sebahagian ulama' berkata ,taqwa itu adalah Allah swt harus ditaati, tiada boleh dimaksiati, harus diingati, tiada boleh dilupai dan harus disyukuri, tiada boleh dikufuri. Jadi disini, boleh disimpulkan bahawa taqwa itu bermaksud mengerjakan perintah yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Oleh yang demikian, setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan' ini dan memahami apa makna taqwa, marilah kita sama-sama bertekad untuk mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Wallahu a'lam.

Doa :

Ya Allah ! Sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk melakukan
amal ibadat yang banyak.Oleh yang demikian, bantulah diri ini
dalam meninggalkan maksiat & larangan-Mu dari segi zahir & batin
agar diri ini tidak dijerumuskan ke neraka jahannam.

Ameen.

Tertarik dengan kata-kata hakim Dirani.....,
"saya selalu berfikir dimanakah tempat saya diakhirat nanti"?


8 Syawal 1427

4 comments:

rozais al-anamy said...

salam ziarah dan eid mubarak.
sdri kala jengking berapa haribulannya?

rozais al-anamy said...

salam,
saya izinkan sdri link kan jika itu boleh menyambung silaturrahim kita yang berkekalan.

rozais al-anamy said...

Sdri Iffah,
Selamat Hari Keputerian. semoga panjang umur dalam keberkatan dan rahmat Ilahi.

IFFAH said...

Ameen,semoga Allah memperkenankan doa saudari. Minta maaf...lama tak jengah blog ini sbb bz....semasa hari kelahiran hari tu..ana berada di Bumi Langkawi.

Jazakillahu khairan kathira ya ukhti.....

Semoga kita sama-sama berterusan berada didalam rahmat-Nya.Ameen.