28 July 2006

Tahniah Abdullah Fahmi

















ABDULLAH FAHMI
22 TAHUN
KELANTAN.
SEK.MEN. AGAMA AR-RAHMAN KENALI,KUBANG KERIAN,KELANTAN.
DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL-WALQIRAAT,DARUL QURAN.

Tahniah kepada Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri, kerana berjaya menjadi Juara Aqedemi Al-Quran musim Pertama.Yang lebih membanggakan sebab Abdullah Fahmi ini dari kelantan.Apa-apa pun, semoga duit yang diterima oleh beliau sebanyak RM 30,000 tu dapat dijadikan bekalan untuk beliau sambung belajar di mesir pada 26 Syaaban 1427 - 19.09.2006.

Semoga Abdullah Fahmi berjaya didalam bidang yang diceburi.Ameen.

27 July 2006

Cintailah al-quran
















Biarlah perjuangan kita ini berserta dengan iman yang cintakan Allah swt, cintakan Rasul saw, cintakan Al-Quran dan cintakan syariat Allah swt"......Dato Seri Harussani-27 Jamadilakhir 1427,11.35 pagi,Masjid Wilayah,Jalan Duta,Kuala Lumpur-

Marilah sama-sama kita menjadi salah seorang pencinta al-qur'an dan cintailah ia melebihi dari seisi dunia. Kerana nikmat mencintai Al-Qur'an itu tiada tolok banding dengan nikmat dunia.......!

Allahu a'lam.

26 July 2006

marhaban ya rejab !

Selamat menyambut bulan pesta ibadah. Semoga amal ibadah yang bakal kita lakukan pada bulan rejab ini diiringi dengan sebenar-benar taqwa.

Doa :

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-MU ( beribadat kepada-MU ), mensyukuri nikmat-MU dan memperbaiki ibadahku kepada-MU. Ameen.


(Abu Daud 2/86,An Nasai 3/53,Sahih Abu Daud 1/284)



Allahu a'lam.

manusia yang bahagia













Tertarik dengan kata-kata hukamak ini.........

'Berbahagialah manusia yang ruhnya tidak kenal istirehat,dialah penunggang kuda pacu yang bernama waktu,jubah kehidupan dibuat menurut ukuran tubuhnya,kerana dialah yang terakhir diciptakan dan didepannya terbentang zaman demi zaman.'

24 July 2006

Bantah IFC

Bangunlah umat islam !

Masih segar diingatan tentang perhimpunan hampir 10,000 orang umat islam di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur yang diadakan semalam ( 27 Jamadilakhir 1427 ). Al-hamdulillah, segala puji-pujian buat-MU wahai Tuhanku, yang membenarkan kami berhimpun di rumah -MU semata-mata untuk mempertahankan Aqidah umat islam khususnya di Malaysia yang semakin hari hari semakin rapuh.

Terasa seakan-akan berada dizaman Junjungan besar Nabi SAW yang suatu ketika dahulu Rasul SAW telah memperjuangkan aqidah dikalangan masyarakat arab jahiliayah .Itulah perjuangan Baginda SAW selama 13 tahun pertama selepas dilantik menjadi Rasul SAW, iaitu..memantapkan aqidah umat manusia.

Al-hamdulillah, sekurang-kurangnya kita dapat merasai detik-detik perjuangan yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi SAW.

Berbailk kepada perhimpunan 23.07.2006.....

Kagum dengan Dato Harussani.Satu-satunya mufti yang berani mengetengahkan isu murtad pada masa kini.Dalam masa yang sama, timbul satu perasaan sedih dengan sikap-sikap pemimpin kita pada masa sekarang. Dalam membincangkan masalah aqidah, mereka masih lagi mencampur adukkannya dengan isu politik. Sedarlah, wahai-wahai pemimpin islam hadhari.Bangunlah ! Sesungguhnya Islam telah dihina. Bangkitlah !

Wahai, Rasulullah SAW, ampunkanlah kami semua kerana tidak dapat melakukan apa yang telah diperjuangkan oleh mu suatu ketika dulu. Suatu ketika dulu, dirimu telah dilemparkan batu demi mempertahankan Islam, dirimu telah dipatahkan geraham demi mempertahankan islam, dahimu telah dilukakan dan darah yang mengalirkan itu telah engkau tahankannnya dengan tanganmu demi mempertahankan islam.....berkat segala pengorbananmu itu Ya Rasulullah, kefahaman islam telah sampai kepada kami pada hari ini .Sungguh besar perngorbananmu Ya Rasulullah.

Lihat...betapa besarnya pengorbanan Nabi Saw .Tetapi, mengapa masih ada dikalanagn umat islam yang tidak mensyukuri atas nikmat islam yang telah dipertahankan oleh Rasul SAW.Bangunlah umat islam ! Islam telah dicabar, Islam telah dihina, syariat islam telah dinafikan......Apakah kita sanggup membiarkan semua ini berlaku ..????? Fikirkanlah.


teringat kata-kata Dato Harrussani pada 23.07.06 ,".....ulama-ulama sekarang masih disibukkan dengan masalah khilafiah......".


Wahai ulama-ulama sekalian ,

BERSATULAH kerana ada perkara yang lebih besar yang perlu diselesaikan. BERSATULAH !

Ameen.

21 July 2006

Ujian Iman

Sejarah terdahulu yakni zaman para anbiya' telah membuktikan bahawa sekiranya seseorang insan ingin mendekatkan diri kepada Allah, akan ada ujian yang bakal ditempuhi olehnya yang mana ujian ini adalah untuk menguji tahap keimanan insan tersebut. Oleh yang demikian, persiapkanlah diri untuk menghadapi ujian yang akan mendatangimu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah Para Nabi,kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatnya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan keapada seseorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan dimuka bumi dalam keadaan tidak berdosa.

(Hadith Riwayat Tardmizi)

Doa :

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah,ampunilah dosaku seluruhnya,yang kecil dan yang besar,
yang awal dan yang akhir,yang nyata dan yang terselindung.

(Muslim 1/350)

18 July 2006

visi,misi & strategi hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ilmu Allah yang bakal ditulis ini telah diperolehi dari satu sessi 'ceramah pagi jumaat' di Bandar Kota baru pada 05.05.2006. Imbau kembali...Al-hamdulillah, ada juga manfaat ilmu yang diperolehi ketika balik bercuti di Kampung halaman. Tepat jam 8.30 pagi, sudah ramai 'hamba-hamaba' Allah yang memenuhi taman syurga Allah ( Taman Syurga adalah gelaran bagi majlis ilmu ) padahal majlis tersebut bermula jam 9.30 pagi. Masya-Allah, kagum, dengan semangat orang kelantan dalam memenuhi tuntutan 'kewajipan menuntut ilmu'.Semoga mereka sentiasa istiqomah dengan majlis-majlis ilmu ini. Back to ceramah.......

Tiga (3) perkara yang perlu disemak supaya operasi hidup berjalan dengan baik :

1.Visi hidup
2.Misi hidup
3.Strategy hidup

Jom...kita sama-sama semak.

1.Visi hidup
Visi hidup kita semua adalah sama iaitu untuk mencapai keredhaan Allah .
Mencapai keredhaan Allah merupakan sesuatu yang besar dalam
hidup kita.Ini bersesuaian dengan Firman Allah didalam Surah At-Taubah
ayat 72 yang bermaksud :

'......dan keredhaan Allah lebih besar....'

Sebagai orang yang mempunayai Visi hidup, marilah sama-sama
kita menghafal dan mengamalkan ayat ini supaya kita lebih faham
erti sebenar visi hidup kita. Selain itu Nabi SAW juga menganjurkan
supaya kita berdoa dengan doa ini agar visi kita dapat dicapai :

'Ya Allah, sesungguhnya aku mohon keredhaan-MU dan Syurga-MU
dan aku minta perlindungan dari murka-MU dan azab neraka-MU.


2.Misi hidup
Misi kita adalah meneruskan perjuangan Rasul SAW.Sebelum kita
meneruskan perjuangan baginda, hendaklah terlebih dahulu kita
mengenali baginda SAW dengan bersungguh sungguh, beriman
dengan Rasul SAW, sayang kepada baginda SAW dan mengikuti
sunnah Rasul SAW.


3.Strategy hidup
Dua puluh (20) perkara yang dicadangkan oleh Dr.Yusof Qordhowi
untuk maju dan meneruskan perjuangan Rasul SAW adalah :

a.Berubah dari perkara cabang (kecil) kepada perkara prinsip ( besar )
b.Berubah dari perkara sunat kepada perkara fardhu
c.Berubah dari percanggahan kepada persefahaman
d.Berubah kepada amalan zahir dari amalan bathil
e.Berubah dari aspek keterlaluan kepada aspek sederhana
f.Berubah dari suka kepada perkara susah kepada perkara mudah
g.Berubah dari beku & jumud kepada ijtihad
h.Berubah dari cakap-cakap kepada sumbangan dan kerja
i.Berubah dari semangat adhoc kepada perancangan
j.Berubah dari sikap fanatik pendapat sendiri kepada bertolak ansur kepada pndapat org lain
k.Berubah dari semangat bersahaja kepada pengisian
l.Berubah dari Quantiti kepada Qualiti
m.Berubah dari angan2 kepada realiti
n.Berubah dari menolak masyarakat kepada hidup bergaul dengan mereka
o.Berubah dari menyorok ke belakang kepada siap sedia dengan masyarakat akan datang
p.Berubah dari tenggelam dari arus politik kepada kerja-kerja bermasyarakat
q.Berubah daripertentangan / perselisihan kepada faham & penyelesaian
r.Berubah dari cuai kepada tekun
s.Berubah dari faham yang sempit kepada alam sejagat
t.Berubah dari BANGGA DIRI kepada KRITIK DIRI SENDIRI

Haa...itulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsi bersama-sama.Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dari ilmu tersebut.Ameen.

Maksud hadith :
"Duduk sebentar di Majlis Ilmu adalah lebih baik dari menziarahi 1000 orang sakit"

Wassalam.Sesunggunnya Allah lebih mengetahui.

14 July 2006

Subhanallah

Subhanallah.Mahasuci Allah.Ilmu Allah itu terlalu luas.Sesuai dengan Firman-NYA didalam surah al-kahfi ayat 109 yang bermaksud:

"Katakanlah( Wahai Muhammad ) : kalau sekiranya (air) lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku,niscaya keringlah air lautan itu,sebelum habis perkataan Tuhan,sekalipun kami datangkan tinta sebanyak itu lagi sebagai tambahan."

Terasa kerdil sungguh diri ini.Semakin mendalami ilmu Allah, semakin rasa diri ini tidak berilmu.Terlalu banyak cabang ilmu Allah yang perlu dipelajari.Bila mendalami ulum Quran, terasa kurang ilmu hadith.Bila mendalami ilmu hadith,terasa kurang ilmu Feqah dan begitulah seterusnya. Mudah-mudahan Allah memberi ketetapan hati kepada kita semua untuk mempelajari ilmu-ilmu -NYA dengan istiqomah.Ameen.Perkenankanlah permintaan kami.

Doa dibawah ini mungkin boleh membantu kita agar kita sentiasa diberi hidayah untuk sentiasa mempelajari ilmu-ilmu-NYA secara istiqomah.Semoga kita sama-sama dapat menghafal dan mengamalkannya secara istiqomah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
'Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah Rahmatkepada kami dari sisi-MU,sesungguhnya Engau Maha Pemberi'
(Surah Ali-Imran, Ayat 8)
'Ya Allah, Wahai Tuhan yang membolak- balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada Agama-MU dan taat kepada-MU. '
(Sahih Al-Bukhari-syarah Fath al-bari)
Ameen.
Allahu a'lam-Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.



07 July 2006

Al-hamdulillah.

Segala puji-pujian hanya untuk-NYA.Akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki blog sendiri.

Last kuliah, 5 Jamadil akhir 1427 h, kupasan topik syirik oleh Dr Fauzi Hamat begitu menarik sekali. Tak rugi mendaftarkan diri sebagai pelajar sijil usuluddin di Universiti Malaya. Tapi, dalam pada tu, timbul perasaan takut dalam diri ini berkenaan AQIDAH umat akhir zaman. Mudah-mudahan Allah swt memberi kekuatan kepada diri ini untuk berpegang teguh dengan kalimah LAA ILAHAAILLALLAH sehingga ke akhir hayat. Bak kata Dr.,Aqidah umat akhir zaman ni, terlalu rapuh.Bersesuaian dengan hadith nabi yang bermaksud :

"Akan tiba di suatu zaman, terdapat seorang pemuda yang keluar dipagi harinya dalam keadaan beriman,di petang harinya dalam keadaan kafir dan dipagi harinya kafir dan dipetang harinya beriman dan begitulah seterusnya. "

Nauzubillahiminzaalik. Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut.Minta dijauhkan oleh Allah swt. Mudah-mudahan doa dibawah ini dapat kita amalkan secara istiqomah agar dilindungi Allah selalu khususnya dalam menjaga Aqidah kita.

Doa Agar Terhindar Dari Syirik

Ya Allah, Aku berlindung kepada-MU dari melakukan syirik kepada-MU sedang aku mengetahuinya dan aku minta ampun daripada-MU diatas perbuatan yang aku tidak mengetahuinya.Amin.

(Sahih Al-Jami' 3/233,Sahih At-Targhib 1/19)

Allahu a'lam.