Aku mencintai kaum soleh meskipun aku bukan mereka.Aku membenci kepada pedagang maksiat meskipun pedagang maksiat itu adalah aku. "Janji Rasulullah saw,seseorang itu akan bersama-sama orang yang dicintai di Akhirat Kelak....." للحبيب علي زين العابدين الجفري
07 May 2012
Tasbih & Tongkat
22 December 2011
رحلة إندونيسيا 1433هـ Jakarta Indonesia
Wahai orang yang mencari cinta dan kasih sayang dari Allah SWT, sesungguhnya Rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT tersebut amat besar dan amat luas, Tapi engkau harus menyingkirkan segala sesuatu yang bisa memutus dari Rahmat besar ini iaitu sedikitnya rahmat dan kasih sayang kepada sesama kaum mukminin. Inilah yang membuat kita terputus. Maka ubati jiwa kita sebab kalau kita tidak memiliki rahmat dan kasih sayang bahkan kepada binatang pun maka kita pun akan terhalang dari Rahmat Allah SWT.


Gambar sekitar 23 Muharram 1433 ~ 19 Disember 2011 di Monas, Jakarta,Indonesia.
13 July 2010
Eman

07 July 2010
BACAAN 30 JUZ AL-QUR'AN
18 June 2010
special gift from makkah
18 May 2010
Selamat Jalan Wahai Tokoh Para Wali Allah

"Selamat Jalan Wahai Tokoh Para Wali Allah"......Tajuk artikel Habib Muzir Al-Musawa benar-benar membuat hati saya dilanda kesedihan yang teramat sangat.Selamat jalan ya habib...selamat jalan al-habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus.Semoga Allah menempatkan ruhmu di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin.Ameen.
Majlis Maulid & Ziarah Singapore
28 December 2009
Hadiah Dari Makkah Al Mukarramah
Salam Maal Hijrah.Hari ini hati saya dilanda kesedihan memikirkan masalah kehidupan.Disaat hati saya dilanda kesedihan,tiba-tiba Allah swt menggembirakan saya dengan menganugerahkan tasbih dari Makkah Al Mukarramah yang diberi melalui seseorang.Alhamdulillah wa syukrulillah....terlalu banyak nik'mat-Mu.
"Katakanlah : Allah yang melepaskan kamu dari padanya dan dari pada sekelian dukacita...."Al-An'aam :64
28 October 2009
Pecinta Makkah Al-Mukarramah & Perindu Madinah Al-Munawwarah
4 hari lepas kawan saya telah menghantar sms yang berbunyi "telah sampai di Madinah pukul 7 pagi waktu madinah..."Sebaik sahaja membaca sms ini tiba-tiba hati saya diulit rindukan bumi Madinah Al Munawwarah.Dgn pantasnya saya membalas"Alhamdulillah,Rindunya saya dengan bumi Madinah Al Munawwarah..".Kami terus bersms.."kalau begitu cepat datang kesini".Saya membalas lagi..."Doakan saya & kawan-kawan sampai ke sana pada tahun hadapan ye..".Dia menjawab lagi..."Insya Allah,saya doakan...".Sms kami berhenti disitu sahaja namun hati saya masih belum berhenti dari merindui bumi Madinah.Rindu semakin kuat.Semakin lama mengingati semakin kuat rindu saya kepada Bumi Madinah Al Munawwarah dan semakin kuat cinta saya kepada Makkah Al Mukarramah.
.
Bagi menghilangkan rindu tersebut,saya perlu menatap gambar-gambar ini......
.
Moga-moga berkat doa kawan saya di Tanah Suci,hajat saya untuk menyempurnakan Rukun Islam ke 5 akan tercapai.Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dalam menyempurnakan ibadah-ibadah kepada-Nya khusus yang wajib.Ameen.Buat sahabat saya,semoga Allah swt mempermudahkan urusanmu disana dan semoga memperolehi haji mabrur.Ameen ya Robbal A'lameen.
Adab & Akhlak
Kali ini nak menceritakan pasal sambutan majlis haul al-imam al habib Abdullah al-haddad.Buat pertama kalinya saya telah menghadirkan diri di majlis ini dengan izin-Nya.Itu pun atas semangat dan dorongan yang diberikan oleh m.maisarah sahabat yang saya sayangi.Dia sentiasa mendorong saya untuk berbuat kebaikan dan sentiasa membantu saya dalam kesusahan.Dia saya ibaratkan sebagai Najwa,kawan albazrah.Jika Allah mengurniakan najwa kepada albazrah,Allah juga mengurniakan m.maisarah kepada saya.Alhamdulillah wa syukrulillah kerana mengurniakan kepada kami insan-insan ini. .
17 September 2009
Didedikasi khas untuk sahabatku
09 September 2009
Kisah Hari ini
28 July 2006
Tahniah Abdullah Fahmi

ABDULLAH FAHMI
22 TAHUN
KELANTAN.
SEK.MEN. AGAMA AR-RAHMAN KENALI,KUBANG KERIAN,KELANTAN.
DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL-WALQIRAAT,DARUL QURAN.
Tahniah kepada Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri, kerana berjaya menjadi Juara Aqedemi Al-Quran musim Pertama.Yang lebih membanggakan sebab Abdullah Fahmi ini dari kelantan.Apa-apa pun, semoga duit yang diterima oleh beliau sebanyak RM 30,000 tu dapat dijadikan bekalan untuk beliau sambung belajar di mesir pada 26 Syaaban 1427 - 19.09.2006.
Semoga Abdullah Fahmi berjaya didalam bidang yang diceburi.Ameen.
25 July 2006
24 July 2006
Bangunlah umat islam !
Terasa seakan-akan berada dizaman Junjungan besar Nabi SAW yang suatu ketika dahulu Rasul SAW telah memperjuangkan aqidah dikalangan masyarakat arab jahiliayah .Itulah perjuangan Baginda SAW selama 13 tahun pertama selepas dilantik menjadi Rasul SAW, iaitu..memantapkan aqidah umat manusia.
Al-hamdulillah, sekurang-kurangnya kita dapat merasai detik-detik perjuangan yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi SAW.
Berbailk kepada perhimpunan 23.07.2006.....
Kagum dengan Dato Harussani.Satu-satunya mufti yang berani mengetengahkan isu murtad pada masa kini.Dalam masa yang sama, timbul satu perasaan sedih dengan sikap-sikap pemimpin kita pada masa sekarang. Dalam membincangkan masalah aqidah, mereka masih lagi mencampur adukkannya dengan isu politik. Sedarlah, wahai-wahai pemimpin islam hadhari.Bangunlah ! Sesungguhnya Islam telah dihina. Bangkitlah !
Wahai, Rasulullah SAW, ampunkanlah kami semua kerana tidak dapat melakukan apa yang telah diperjuangkan oleh mu suatu ketika dulu. Suatu ketika dulu, dirimu telah dilemparkan batu demi mempertahankan Islam, dirimu telah dipatahkan geraham demi mempertahankan islam, dahimu telah dilukakan dan darah yang mengalirkan itu telah engkau tahankannnya dengan tanganmu demi mempertahankan islam.....berkat segala pengorbananmu itu Ya Rasulullah, kefahaman islam telah sampai kepada kami pada hari ini .Sungguh besar perngorbananmu Ya Rasulullah.
Lihat...betapa besarnya pengorbanan Nabi Saw .Tetapi, mengapa masih ada dikalanagn umat islam yang tidak mensyukuri atas nikmat islam yang telah dipertahankan oleh Rasul SAW.Bangunlah umat islam ! Islam telah dicabar, Islam telah dihina, syariat islam telah dinafikan......Apakah kita sanggup membiarkan semua ini berlaku ..????? Fikirkanlah.
teringat kata-kata Dato Harrussani pada 23.07.06 ,".....ulama-ulama sekarang masih disibukkan dengan masalah khilafiah......".
Wahai ulama-ulama sekalian ,
BERSATULAH kerana ada perkara yang lebih besar yang perlu diselesaikan. BERSATULAH !
Ameen.





