Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts

03 October 2006

Mutiara kata





















Indah itu bukan pada zahir
Tapi terletak pada tutur,
Terhampar pada pekerti,
Terselah pada santun,
Tersentuh pada hati,
Yang indah itu sukar dicari
Tanpa menilai dengan mata hati......


Wallahu a'lam.

10 Ramadhan 1427

21 September 2006

Keikhlasan

Janganlah di khuatiri dengan tahap keikhlasan orang terhadap dirimu.
Yang paling penting, jagalah tahap keikhlasan dirimu terhadap orang lain.
Kerana sesungguhnya, hanya DIA yang menilai keikhlasan hati setiap insan.

28 Sya'ban 1427

28 August 2006

Tanda mencintai Allah

Tanda seseorang yang mencintai Allah ialah mencintai Al-Quran.
Tanda mencintai Allah & Al-Quran ialah mencintai Nabi saw.
Tanda mencintai Nabi saw ialah mencintai sunnah.
Tanda mencintai sunnah ialah mencintai akhirat.
Tanda mencintai akhirat ialah memarahi dunia.
Dan,tanda memarahi dunia ialah tiada mengambil daripadanya
selain perbekalan dan apa-apa yang memadai ke AKHIRAT.

Allahu a'lam.

DOA :

Wahai Tuhan kami,berikanlah kepada kami kebaikan di dunia & kebaikan
di AKHIRAT, dan peliharalah kami dari azab neraka.

(Surah Al-baqarah : 201)

25 August 2006

Wanita






















Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana kesabaran
Mulia Wanita kerana keimanan & cintakan Ilahi.

21 August 2006

Zikir

Sekeras batu pasti berlekuk dek titisan air.Begitulah hati,sekeras manapun pasti terkesan dengan Zikrullah.Hati ibarat wadah, maka jadikan zikir sebagai pengisiannya.Ingatlah ! Zikrullah mampu menenangkan hati yang lara & mengubat jiwa yang luka.

-SELAMAT MENYAMBUT ISRA' WAL MI'RAJ-

Adalah menjadi kewajipan muslim & muslimah untuk mempercayai peristiwa ini. Semoga dengan membaca kisah ini, tahap keimanan kepada-NYA akan bertambah.

Allahu a'lam.

18 August 2006

LOVE

To love someone is nothing.....
To be love by someone is something.....
To be love by someone you love is exciting.....
BUT to be love by Allah is everything.....

27 July 2006

Cintailah al-quran
















Biarlah perjuangan kita ini berserta dengan iman yang cintakan Allah swt, cintakan Rasul saw, cintakan Al-Quran dan cintakan syariat Allah swt"......Dato Seri Harussani-27 Jamadilakhir 1427,11.35 pagi,Masjid Wilayah,Jalan Duta,Kuala Lumpur-

Marilah sama-sama kita menjadi salah seorang pencinta al-qur'an dan cintailah ia melebihi dari seisi dunia. Kerana nikmat mencintai Al-Qur'an itu tiada tolok banding dengan nikmat dunia.......!

Allahu a'lam.

26 July 2006

manusia yang bahagia













Tertarik dengan kata-kata hukamak ini.........

'Berbahagialah manusia yang ruhnya tidak kenal istirehat,dialah penunggang kuda pacu yang bernama waktu,jubah kehidupan dibuat menurut ukuran tubuhnya,kerana dialah yang terakhir diciptakan dan didepannya terbentang zaman demi zaman.'