Showing posts with label Nota buat diri. Show all posts
Showing posts with label Nota buat diri. Show all posts

29 September 2009

Apa Mungkin Allah Terima Taubat Kita

.

Cerita yang bakal ditulis ini sebenarnya telah disalin dari laman web iluvislam.com.Hati saya sungguh tertarik dengan isi kandungannya menyebabkan ianya dibadikan di blog ini sebagai nota buat diri.Terima kasih kepada penulis,kalam_Mujahidah.Minta izin ianya diabadikan di blog ini.
.

“Nak mintak pandangan akak boleh?”, soalnya membuka bicara.
.
“Silakan, akak cuba”, jawabku.
.

“Apa mungkin Allah terima taubat kita kalau kita selalu mengulangi dosa yang sama?”, begini bunyi soalannya.
.
Jujurnya aku sedikit terkejut orang seperti dia bertanya soalan sebegitu kepadaku. Walhal dia yang lebih layak untuk menjawabnya lantaran memang bidang pengajiannya khusus tentang agama. Tentu saja dia lebih tahu tapi…
.
“Tu ke yang nak tanya pendapat akak?”, soalku ragu.

.
“Lepas buat dosa kita bertaubat, kemudian di kala iman lemah dan tergoda kita kalah dan mengulangi lagi dosa tersebut. Apabila sedar kita bertaubat dan benar bertaubat, tapi kita tetap kalah untuk hari yang datang. Kemudian kita tetap memohon taubat”, jelasnya lagi.
..
“Yup, apa pendapat akak, adakah Allah akan terima taubat kita tu?”, sambungnya.Dan aku tersenyum kemudian menjawab.“Enta sendiri tau jawapannya”
..
“Ana tak pasti”, katanya pula.

..
“Apa pendapat akak?”, dia mengulangi soalan yang sama. Kepelikan masih membusung di hati tapi aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalannya. Sebenarnya jawapan itu lebih kepada mengingatkannya kerana soal-soal sebegini bukanlah asing baginya (begini yang terbersit di hati saat itu).
..
“Apa yang mampu akak katakan cuma mengingatkan enta bahawa Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas, dik”, jawabku cuba menyusun bahasa sebaik mungkin.
.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).
.
Taubat itu adalah salah satu rahmat dari sekian banyaknya rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Dan Allah menjanjikan keampunanNya bagi sesiapa saja yang mahu bertaubat malah menggantikan keburukan hambaNya dengan kebaikan serta pula menghapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat kepadaNya.
.
“Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, tapi kenapa hambaNya tak terfikir dan lupa akan cinta Allah tu?”, soalan itu menuntutku berfikir sama.
.
“Insan itu adalah insan yang sering bolak balik hatinya. Sebab tu kita dituntut untuk berdoa moga Allah bolak balikkan hati kita pada keimanan hanya padaNya, taat hanya padaNya”.
..
“Betul kak. Kami yang belajar agama pun kadang-kadang leka. Tak tau la, hati ni kadang-kadamg sedih bila fikirkan dosa yang banyak sebelum ni”, luahnya. Dan seperti biasa, aku dahului responku dengan senyuman.
.
Apabila dosa tersebut diikuti dengan lapan perkara maka mudah-mudahan ia dekat dengan kemaafan, keampunanNya.
.
Lapan perkara tersebut adalah seperti berikut dan 4 perkara berlaku di hati & 4 perkara dengan perbuatan :
.
1.Taubat.Ia bermaksud penyesalan atas apa yang telah berlaku pada masa lalu dan takut kepada Allah akan apa yang akan datang pada masa hadapan. Dan diertikan juga taubat itu sebagai melepaskan pakaian keburukan dan membentangkan janji kebaikan.
.
2.Bertekad untuk tidak mengulanginya
.
3.Menyesal dan takut pada hukuman Allah.
.
4.Mengharap ampunan daripada Allah swt.
.
5.Solat sunat taubat
.
6.Memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali & mengucapkan Subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih sebanyak 100 kali.
.
7.Bersedekah
.
8.Berpuasa (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’)
.
.
“Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”, balasku. “Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”, katanya lagi menambah. Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”, ye, aku cukup yakin dengan kalimat ini.
.
Sungguh, Allah tidak pernah membebani hambaNya melampaui kemampuannya. Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya lantaran Dialah yang telah menciptakan.
.
Allah berfirman kepada malaikatNya ketika manusia banyak melakukan dosa, dalam hadis Qudsi disebutkan:
.
“Berdoalah kepadaKu dan untuk hambaKu kerana jikalau Aku telah menjadikan mereka maka sesungguhnya Aku telah menguasai mereka” (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’).
.
Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang maksudnya:
.
Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”
.
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).
..
“Ya Allah yang menenggelamkan bintang-bintang dan menutup mata manusia, Engkau tidak tidur wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa. Ya Allah, kasihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sakit dan terimalah taubat kami, Engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami. Maka ya Allah, cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami dan ampunilah kesalahan kami dan bantulah kami melawan musuh-musuh kami, dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat dan Maha Menjawab doa-doa kami wahai Tuhan Pemilik langit dan bumi. Selawat dan salam buat Junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga juga sahabat baginda sekalian”
.
Ameen Ya Robbal A'lameen.
.
10 Syawal 1430

09 September 2009

Selamat Beriktikaf 10 Malam Terakhir

Hari 19 Ramadhan : Ini bermaksud malam ini merupakan malam ke 20 iaitu hari pertama dari sepuluh malam akhir Ramadhan.Bermula malam ini semangat perlu ditambah dan doa perlu diperbanyakkan agar diberi kekuatan untuk memburu dan mendapatkan lailatul Qadar.Mudah-mudahan kita diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu dengan lailatul Qadar dan menghidupkan malamnya.

Doa :

Ya Allah,masukkanlah kami ke dalam golongan yang diberi taufiq untuk mendapat lailatul Qodar.Ameen.

19 Ramadhan 1430

04 September 2009

Bekal Akhirat

Assalamualaikum buat sahabat & kenalan....coretan yang bakal ditulis ini adalah sebagai nota buat diri dan sekadar berkongsi ilmu yang ada.Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua khususnya di bulan mulia ini dimana doa-doamu di bulan ini diijabah.Insya Allah.
.
Doa agar Dikurniakan Tauwbat yang berkekalan :
.
Allahumma inna nasaluka tauwbata wa dawamaha
Ya Allah kami memohon taubat & berkekalan dalam tauwbat
.
Wanauzubika minal ma'siati wa asbabiha
Dan kami berlindung kpd-Mu dr maksiat & sbb-sbb yg membawa kpd maksiat
.
Wa zakkirna Bilkhaufi minka Qobla hujuumi Khotorootiha
Dan ingatkanlah kami dgn rasa takut kpd-Mu sblm serangan pintasan maksiat
.
Wahmilna Allannatiminha Wa minattafakuri fi Torooiqiha
Dan dorongkanlah hati kami supaya selamat dr maksiat & dr memikir cara2 maksiat dilakukan
.
Wamhumin quluubina Halaawata Majtanaina minha
Dan padamkanlah dari hati kami rasa kemanisan maksiat yg kami kecapi pd masa dulu
.
Wastabdilha Bilkaroohati Laha
Dan gantikanlah rasa seronok bermaksiat dgn rasa benci kpd maksiat
.
Wattomai Limaa Huwa Biddiddiha
Dan gantikanlah rasa hendak berbuatmaksiat kpd rasa teringin hendak berbuat taat
.
Ameen Ya Robbal Alameen.
.
Dipetik dr buku bekal akhirat:Sheikh Fahmi Zam-Zam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maaliki
Semoga Allah swt sentiasa Merahmati Beliau.Ameen.
.
14 Ramadhan 1430

03 August 2009

Empat Keperluan

Empat perkara yang perlu dipohon kepada Allah swt :
.
1.Jauhi dari azab neraka jahannam
2.Jauhi dari azab kubur
3.Jauhi dari fitnah ketika hidup & akhirat
4.Dilindungi dari al masih ad dajjal
.
Perkara-perkara diatas perlu dipanjatkan didalam doa selepas tasyahud akhir sebelum salam.Walau bagaimanapun,terdapat alternatif doa lain yang pernah dibaca oleh Rasululla saw selepas tasyahud akhir sebelum salam :
.
Allahummaghfirli maa Qoddamtu wama akhkhortu
Wahai Tuhanku ampuni kesalahanku yang terdahulu dan yang akan datang
.
Wama Asrortu Wa a'lantu
Dan apa apa dosa yang sembunyi dan zahir
.
Wamaa asrohtu
Dan apa apa dosa yang melampaui batas
.
Anta Muqoddim wa anta wa akhir
Dikau yang mula dan akhir
.
Laa ila ha illa anta
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Ameen ya robbal a'lameen.

30 July 2009

Indahnya Nama Mu

Sekadar coretan sebagai nota buat diri.
.
Astaghfirullah....Astaghfirullah....Astghfirullah....
.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Quddus Ya Salam Ya Mukmin Ya Muhaimin Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir Ya Kholiq Ya Bari' Ya Musowwir Ya Ghoffar Ya Qohhar Ya Wahhab Ya Rozzaq Ya Fattah Ya Alim Ya Qobidh Ya Basit Ya Khofidh Ya Rofi' Ya Muizz Ya Mudzil Ya Sami' Ya Basir Ya Hakam Ya Adlu Ya Latif Ya Khobiir Ya Halim Ya a'zim Ya Ghofur Ya Syakur Ya Aliyy Ya Kabir Ya Hafiz Ya Muqit Ya Hasib Ya Jalil Ya Karim Ya Rokib Ya Mujib Ya Wasi' Ya Hakim Ya Wadud Ya Majid Ya Bais Ya Syahid Ya Haqq Ya Wakil Ya Qowiyy Ya Matin Ya Waliyy Ya Hamid Ya Muhsi Ya Mubdi' Ya Muid Ya Muhyi Ya Mumit Ya Haiyy Ya Qayyum Ya Wajid Ya Majid Ya Wahid Ya Somad Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Muqoddim Ya Muakhkhir Ya Awwal Ya Akhir Ya Zohir Ya Batin Ya Wali Ya Muta'ali Ya Barr Ya Tauwwab Ya Muntaqim Ya Afuww Ya Rauuf Ya Malikal Mulki Ya Zuljala liwalikram Ya Muqsit Ya Jami' Ya Ghaniyy Ya Mughni Ya Mani' Ya dhor Ya nafie' Ya Nnur Ya Hadi Ya Badi' Ya Baqi Ya Waris Ya Rosyid Ya Sobur
.
Ya Allah....Ya Allah....Ya Allah....
.
8 Sya'ban 1430