Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

09 June 2013

Selamat Menyambut Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim,

Esok bermulalah permulaan hari baru di bulan islam sya'ban.Ketahuilah bahawa bulan sya'ban merupakan salah satu bulan yang diagungkan.Keberuntungan besar bagi orang yang bertaubat dan berbuat taat didalamnya.Barangsiapa yang bersungguh-sungguh didalamnya dengan izin Allah akan beroleh kejayaan yang  besar.Dibulan ini juga khususnya dimalam nisfu sya'ban dianjurkan supaya kita membaca tasbih nabi yunus sebanyak-banyaknya sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah saw yang bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya doa saudaraku Yunus sangat bagus,permulaanya tahlil,pertengahannya tasbih dan diakhirnya pengakuan dosa iaitu :

Ketahuilah juga bahawa pada bulan agung inilah perintah untuk berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah saw diturunkan.Maka perbanyakkanlah selawat di setiap waktu khususnya di bulan sya'ban yang mulia ini agar tali perhubungan kita dengan  Kekasih Allah yakni Rasululullah saw semakin kukuh.Moga Allah swt  sentiasa memberi Inayah,Hidayah dan Taufiq-Nya kepada kita semua untuk kita sentiasa berjalan dijalan lurus menuju-Nya didalam menggapai Redho-Nya fi dunia wal Akhirat.Ameen.


30 Rejab 1434

12 January 2013

Selamat Datang Bulan Mulia Rabiul Awal


Bismillahirahmanirrahim

Pesan Guru Mulia  Al Habib Umar Al-Hafidz,orang yang dekat dengan Rasulullah saw di akhirat adalah orang yang dekat dengan Rasulullah saw di dunia.Orang yang dekat dengan Rasulullah saw di dunia adalah orang yang mencintai Baginda saw dan orang yang mencintai Baginda saw adalah orang banyak berselawat kepada Rasulullah saw.Sempena bulan mulia ini marilah kita sama-sama membina hubungan kita dengan insan yang paling agung dengan  memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw.





1 Rabiul Awal 1434

24 May 2012

Marhaban Ya Rejab


Ketahuilah,sesungguhnya bulan rejab adalah bulan penuh keutamaan,beribadah di dalamnya mendapat pahala yang berlipat khususnya puasa dan istighfar taubat dari semua kesalahan terutama di malam pertamanya kerana doa di dalamnya sangat mustajab.Nabi saw bersabda yang bermaksud : Ada lima malam yang apabila berdoa di dalamnya tidak akan di tolak iaitu : malam pertama bula rejab,malam nisfu sya'ban,malam jumaat,malam hari raya idul fitri,malam hari raya idul adha.

Para ulama' berkata : Rejab adalah bulan istighfar,sya'ban bulan berselawat kepada Nabi saw dan Ramadhan adalah bulan al qur'an.Maka bersungguh-sungguhlah kalian di bulan ini kerana itulah waktu perdagangan yang menguntungkan.

Ulama berpesan , mohonlah ampun kepada Allah swt sepanjang bulan rejab dengan mengucapkan kalimah :

اللهم اغفرلي وارحمني و تب علي
(Ya Allah Ampunilah aku,Rahmatilah aku dan terimalah taubatku)

Ucaplah permohonan ampun ini sebanyak 70 kali diwaktu pagi dan 70 kali diwaktu petang.

Dan,yang paling penting di dalam bulan rejab ini,jangan lupa untuk membaca doa yang terdapat di dalam foto di atas.Selamat beramal !

Rejab 1433H

09 December 2010

..
Selamat menempuh tahun baru hijrah 1432.
Moga istiqomah didalam ketaatan kepada-Nya.Ameen.

.

3 Muharram 1432

18 June 2010

special gift from makkah

Kurma ni sangat mulia sbb kurma ni dah tawaf ka'bah.
Alhamdulillah,semuanya dari Allah swt.


Jazakumullahu khairan Kathira Ya Habibati Akhi.Tq so much my dearest nephew....semoga Allah swt membalas kebaikan yang dibuat dengan Rahmat dan Redha-Nya.Allahumma Ameen.

17 September 2009

Eid Mubarak

Selamat tinggal kekasihku Ramadhan.Hati ini sungguh sedih kerana beberapa hari lagi kamu akan meninggalkanku.Kini tiba masanya untuk menyambut idulfitri. Eid Mubarak.Kullu am wa antum bil khoir.Ameen.
.
27 Ramadhan 1430

19 January 2007

Salam Maal Hijrah 1428


















Maksud hadith :

Seseungguhnya orang-orang yang beriman & berhijrah itu,
merekalah orang yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah.

Em,rasanya baru je menyambut tahun baru hijrah 1427,
tup,tup, tahun hijrah 1428 dah muncul. Cepatnya masa
berlalu.Kalau nak disemak, azam tahun 1427 masih banyak
lagi yang belum tercapai. Tapi kini, azam tahun 1428 tetap
ditanam. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk
mencapai azam yang belum tercapai. Insya-Allah, Ameen.
Umumnya, azam kita semua mesti sama iaitu nak berhijrah
kepada yang baik. Tapi...pengkhususannya memang berbeza.
Walau apapun azam kita, kita mesti ada teknik dan perancangan
yang teliti untuk berhijrah. Walau bagaimanapun, perancangan
ini tidak boleh kering dari unsur spritual ( pertolongan Allah )

Unsur penting yang perlu ada untuk berhijrah adalah Ilmu.
Jadi, perancangan atau teknik yang perlu ada untuk berhijrah
adalah :

(i)Bila nak cari ilmu
(ii)Macamana nak cari ilmu
(iii)Siapa yang nak dilmukan

Selepas mempunyai ilmu didada, amalkanlah segala ilmu tersebut
sehingga diri kita dapat 'develop' iman yang benar-benar mantap
& istiqomah. Dan setelah berhijrah, berjihadlah dengan menyebarkan
kebenaran tersebut kepada orang lain.

Itulah, ilmu Allah yang dapat dikongsi sedikit sebanyak. Untuk
mengetahui teknik penghijrahan yang paling baik, baca & telitilah
Sirah Nabawiyah-Penghijrahan Baginda Saw Bersama Sahabat-.

Wassalam.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428 !
Semoga Proses Penghijrahan Didalam Diri Kita
Berlaku Setiap Saat ,Setiap Masa,Setiap Hari &
Setiap Tahun . Selamat Mengislah Diri !

29 Zulhijjah 1427

22 November 2006

Sempena hari kelahiran




















Al-hamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah swt
kerana masih lagi memanjangkan usia ini disaat meraikan
hari kelahiran pada tahun 1427 /2006 ini. Sambutan hari lahir
pada tahun ini, sungguh berberbeza dengan tahun-tahun
sebelumnya, tahun ini, hari kelahiran disambut di Bumi Langkawi
sebagai seorang musafir.....


Sempena hari kelahiran pada tahun ini, tiada hadiah yang paling
berharga melainkan nikmat islam, iman, hidayah & taufiq kurniaan
dari Illahi. Sesungguhnya, itulah hadiah yang paling berharga buat
diri ini. Namun, disebalik Kejayaan memperolehi perkara-perkara
tersebut, usaha & doa memainkan peranan yang penting dalam
perkara ini.Usaha & doa dari diri sendiri dan kaum keluarga serta
kawan-kawan terdekat sentiasa mengiringi diri ini. Al-hamdulillah.
Terima kasih buat semua. Doa dari kalian amat penting buat diri ini.
Sesungguhnya kita tidak mengetahui bahawa doa dari 'mulut' siapakah
akan dimakbulkan oleh Allah swt.Semoga doa dari kalian buat diri ini
dimakbulkan oleh Nya.Ameen.

Rasanya ,tidak mampu untuk mengingati semua kata-kata
yang telah kalian doakan buat diri ini. Jadi, sebagai menghargai
apa yang sudah kalian doakan buat diri ini, rasanya, eloklah ia
diabadikan diblog ini untuk tatapan kita bersama.......

Selamat Hari Lahir,Semoga Panjang Umur n Murah rezeki.

Radhiah
00:01:35 - 14 November 2006


Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....
Selamat Hari Lahir,Semoga kekal dibimbing dalam redhaNya
dan kekal dikasihi dalam rahmatNya

Alida
00:05:42 - 14 November 2006


k.pah.Sory wish lmbt.Smoge k.pah sntiase happy n mdpt
kbrktan dr Allah. oh my dear:-)

Fatimah
01:14:43 - 14 November 2006



Dari jauh ku kirim salam ucapan selamat hari jadi yg ke.....
kekal bhg selamanya

Kak Siti
07:20:26 - 14 November 2006


happy besday..moga mndpt rahmat dan diberkati Allah
setiap masa

Intan
07:34:06 - 14 November 2006


Askum,T-pah.SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI.
DDOAKAN PNJG UMO,MURAH REZEKI dan SNTIASA
DLM REDHA ILAHI.ANGKA BTAMBAH,UMUR UTK
'KE SANA' MAKIN BKURANG :-D

Ton
08:07:51 -14 November 2006


Hadiah yg plg berharga utk hang adalah,nikmat iman,islam,
ilmu,amal dan umur-selamat hari lahir

Alida
13:03:39 - 14 November 2006


Happy bestday k.pah come..,Sori late :-)!smga dirimu
dihujani keberkatan & dipnjangkan UmuR...

Nely
14:22:45 - 14 November 2006


SELAMAT HARI LAHIR !
Semoga sentiasa berada dibawah naungan Allah
dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.Amin.


Yuyai
14 November 2006


Selamat Hari Lahir akak.....

Nani Tekno
17 :15:22- 14 November 2006


Happy Birthday!
Selamat hari jadi Chu. Smg sntiasa drhmati Allah, dpnjgkn umur.
Dmurahkn rezki, dp'temukan dgn suami yg soleh...Amin.

Yong
20:35:22 - 14 November 2006


Slamat ulang tahun.Muga senantiasa dilimpahi rahmatNya.

Aini
14 November 2006.


Pah, slmt hr ulangtahun.Sori lewat sehari.Semoga pjg umur n
dtemukn jdh yg baik ;-)

Ct
08:50:52 - 15 November 2006


SELAMAT HARI LAHIR !
Semoga senantiasa berada di bawah naungan Allah
dan sentiasa mendapat rahmat-Nya, maaf peah lambat .

Peah
13:25:23 15 November 2006


Slamat hari lahir..smoge dbukekn hati utk prkara2 yg baik..:-

Fatimah
18:50:23 -15 November 2006


Selamat hari lahir yang ke...Semoga dilindungi Allah swt.

Kawan-kawan Wilayah Tengah
8.20 - 16 November 2006


Subhanallah wabihamdih.Mahasuci Allah dan pujian buat-Nya.
Terasa satu sakinah (ketenangan) pada hari kelahiran kerana
doa dari kaum keluarga dan kawan-kawan terdekat sentiasa
mengiringi diri ini tanpa putus-putus. Ini juga adalah hadiah yang
paling berharga buat diri ini SEMPENA HARI KELAHIRAN pada
tahun 1427 / 2006.

Jazakumullahu khairan kathira !

p/s : rozais - tq for your wish!

Wallahu a'lam.

1 Zulkaedah 1427

30 October 2006

Salam Eidulfitri
















Salam Kemenangan di aidilfitri.Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kerana kita masih lagi berada di bulan syawal. Bila tiba syawal, kita mesti terfikir tentang makanan, open house , baju baru , duit raya dan seumpamanya.....

Adakah pernah kita terfikir bahawa puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas benar-benar melahirkan sifat taqwa dalam diri kita ? Sekiranya ada, Al-hamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt. Dan...seandainya sifat taqwa ini benar-benar lahir setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan', adakah pernah kita terfikir bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan sifat taqwa tersebut didalam diri kita sehingga ke akhir hayat sebelum kita dijemput mengadap-NYA. Jika tiada....fikirkanlah dan usahakanlah sedaya upaya supaya sifat taqwa tersebut berkekalan didalam diri kita ...........mintalah pertolongan dari-NYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah ! Aku Memohon Kepada-Mu Petunjuk, Taqwa,
Terpelihara Daripada Segala Dosa & Hidup Yang Berkecukupan.

Ameen.Ya Robbal Aa'lameen.

Beberapa petikan ayat-ayat Allah untuk memotivasikan diri sendiri, mudah-mudahan diberi kekuatan oleh-NYA.Ameen.

"....berbekallah kamu dan sesungguhnya sebaik-baik perbekalan, ialah taqwa..."(2:197)

"....untuk orang-orang yang taqwa disisi Tuhannya ada syurga yang mengalir air sungai dibawahnya, sedang mereka itu kekal didalamnya......" (3:15)

"...sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa ...." (3:76)

Untuk sahabat dan kenalan, dikesempatan syawal yang mulia ini, mohon maaf diatas segala-galanya dan semoga ukhwah yang terbina ini adalah kerana-NYA.

Wallahu a'lam.

7 Syawal 1427.

21 September 2006

Marhaban Ya Ramadan

Selamat datang bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan ini akan menambahkan

tahap keimanan kita kepada-NYA.
Semoga kita semua dapat menyempurnakan ibadah

puasa pada tahun ini dengan penuh ketaqwaan.

Ameen.

Doa :

Ya Allah, Zahirkanlah Ramadhan ke atasku dengan keamanan
& keimanan serta dengan keselamatan & keislaman. Ameen.

Allahu taala a'lam.

26 July 2006

marhaban ya rejab !

Selamat menyambut bulan pesta ibadah. Semoga amal ibadah yang bakal kita lakukan pada bulan rejab ini diiringi dengan sebenar-benar taqwa.

Doa :

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-MU ( beribadat kepada-MU ), mensyukuri nikmat-MU dan memperbaiki ibadahku kepada-MU. Ameen.


(Abu Daud 2/86,An Nasai 3/53,Sahih Abu Daud 1/284)



Allahu a'lam.