Showing posts with label Kalam Al Habib. Show all posts
Showing posts with label Kalam Al Habib. Show all posts

12 January 2013

Selamat Datang Bulan Mulia Rabiul Awal


Bismillahirahmanirrahim

Pesan Guru Mulia  Al Habib Umar Al-Hafidz,orang yang dekat dengan Rasulullah saw di akhirat adalah orang yang dekat dengan Rasulullah saw di dunia.Orang yang dekat dengan Rasulullah saw di dunia adalah orang yang mencintai Baginda saw dan orang yang mencintai Baginda saw adalah orang banyak berselawat kepada Rasulullah saw.Sempena bulan mulia ini marilah kita sama-sama membina hubungan kita dengan insan yang paling agung dengan  memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw.





1 Rabiul Awal 1434

06 May 2012

Sebarkan Mahabbah

Pesanan Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri :
Penuhilah rasa cinta (mahabbah) di ruang hatimu kerana cinta itu dapat menumpaskan kekuatan hawa nafsu di dalam hati.

Jom berazam sebarkan mahabbah dikalangan kita terutamanya dengan orang -orang yang membenci kita :)

Wahai Allah yang menyatukan hati hamba-hambanya sekelian,satukanlah hati-hati kami yang telah terpisah kerana kekhilafan diri kami sendiri,sambungkanlah silarturahmi diantara kami yang telah terputus kerana kejahilan kami dan sebarkanlah mahabbah dikalangan kami semua agar kami semua tergolong didalam orang-orang yang mendapat redho-Mu.Amiin



04 May 2012

Kalam Al Habib




Kalam Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri : Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw  agar engkau dimuliakan untuk melihat Wajah Baginda Saw.Kadar 'perbanyakkan' yang paling sedikit adalah 300 kali diwaktu pagi dan 300 kali di waktu petang.Sollu Ala Nabiyy
 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم