Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

23 October 2009

Aku Yang Berdosa

.
Kulakukan berbagai dosa hingga menemui kehinaan
Air mataku pun mengalir dengan begitu derasnya
Aku mengecam hati yang telah sedar
Kepada siapa hamba akan mengadu
bila tidak kepada Tuannya
Sang Penguasa seluruh hamba...
.
Kudatangi Engkau dengan penuh harap
Lepaskanlah seperti yang Kau lihat buruknya keadaanku
Aku telah menderhakai-Mu dengan kebodohanku
Aibnya dosa tidak pernah terlintas dalam benakku
Kepada siapa lagi hamba mengadu selain Engkau
Yang Maha Penguasa seluruh alam....
.
Wahai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan & kederhakaan,nasihat tidak lagi bermanfaat untukmu.Berbagai musibah & kejadian tidak pula kunjung manyedarkanmu.Perputaran waktu tidak pernah engkau rasa dan suara kematian tidak pernah terdengar olehmu,seolah-olah engkau wahai orang yang malang akan hidup selamanya dan tak akan pernah mati.
.
Wahai penderhaka kepada Penguasa Arasy,segeralah bertaubat dari dosa!Ikutilah jejak kaum yang bertaubat.Lewatilah jalan kaum yang kembali kepada Tuhan serta mendapat taubat dan ampunan.Kerahlah redhamu untuk meraih redha Tuhan Yang Maha Pengasih.Mereka bangkit beribadah dikegelapan malam serta membaca kitab Tuhan dengan jiwa yang cemas dan hati yang gementar.Mereka meletakkan kening mereka di tanah dan meminta keperluan kepada Zat Yang melihat tetapi tidak terlihat.
.
Wahai pemaksiat,itulah ubat suci mujarab untuk dirimu.Moga-moga dirimu yang berdosa itu akan disembuhkan melalui ubat bernama tauwbat.Ameen.
.
4 Zulkaedah 1430

24 February 2009

Telaga Al-Kautsar

Ahad bersamaan 26 Safar 1430 tanggal 22 Februari 2009 telah berlangsung Kuliah Sheikh Fahmi Zam Zam di Masjid Al Falakh yang membincangkan Kitab Sairus Salikin.Alhamdulillah Allah masih memberi rezeki kepadaku untuk menghadiri kuliah tersebut.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih & Penyayang,sentiasa mengasihi hamba-hamba Nya walaupun hamba Nya itu berada dalam keadaan berdosa.Laa ila ha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
.
Berbalik kepada kuliah.....takut sangat apabila mengingatkan kuliah Sheikh tentang keadaan umat Nabi Muhamad SAW yang meninggalkan solat dengan sengaja & meringan-ringankan solat.
.
"Di Akhirat nanti akan ada satu golongan manusia yang akan dihalau oleh Malaikat ketika menghampiri Telaga Al-Kautsar.Walau bagaimanapun,golongan ini memaklumkan kepada Malaikat bahawa beliau adalah umat Nabi Muhamad SAW dan layak meminum air dari Telaga tersebut.Kemudian datanglah Malaikat membawa catatan amal golongan tersebut untuk dipersembahkan kepada Baginda SAW.Setelah Baginda SAW melihat catatan amal golongan tersebut didapati golongan tersebut merupakan golongan manusia yang meninggal solat dengan sengaja disamping mempunyai dosa-dosa yang lain. Setelah melihat catatan tersebut, berkatalah Baginda Saw kepada golongan tersebut 'sohkan...sohkan' yang bermaksud celakalah kamu, jauhlah kamu dari Rahmat Allah.Lalu, pergilah golongan tersebut dengan tidak mendapat apa-apa syafaat dari Baginda SAW." Nau zubillahi minzalik.Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu Ya Allah dari keadaan tersebut.
.
Bismillahirahmanirrahim...
.
Allahummakhtimlana Bihusnil Khotimah Wala Takhtim Alaina Bi suu il Khotimah.Ameen. Ya Allah khatamkanlah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah dikhatamkan umurku dengan kesudahan yang buruk.
.
Ya Allah, aku juga memohon kepada Mu agar masukkanlah daku ke dalam golongan yang tetap dan khusyuk dalam mendirikan solat dan jadikanlah daku umat Nabi Muhamad SAW yang mendapat syafaat Baginda SAW dan dapat meinkmati minuman air dari Telaga Al-kautsar di Akhirat kelak.Ameen Ameen Ya Robbal Alameen.
.
28 Safar 1430

02 September 2008

Madrasahku yang bernama ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim....
.
Ya Allah, Zahirkanlah Ramadhan ke atasku dengan keamanan & keimanan serta dengan keselamatan & keislaman. Ameen.
.
Al-hamdulillah.Segala puji-pujian buat Mu wahai Tuhan pemunya segala makhluk kerana masih memberi izin kepadaku untuk memasuki madrasahku yang bernama ramadhan.
.
Tapi..persediaanku kali ini agak berbeza dengan tiga tahun kebelakangan ini kerana persediaan menempuhi ramadhan kali ini tidak dirapikan.Walaupun tiada persediaan yang rapi namun jauh disudut hati ini aku masih mengharapkan agar madrasahku yang bernama ramdahan ini dapat membantuku untuk menghapuskan semua kesalahan lalu.Insya Allah.Ameen.
.
syllabus dimadrasahku yang bernama ramadhan :
1.melewatkan sahur
2.berbuka diawal waktu
3.menghidupkan malam
4.perbanyakan sedekah
5.khatam al-qur'an
.
Selamat berpuasa dengan penuh taqwa buat sahabat & kenalan.
.
2 Ramadhan 1429

04 May 2007

Cuba tengok diluar sana

Pagi-pagi semalam, tetiba dapat mesej dari seorang sahabat.
Bila mesej tu berbunyi, hati ini terus terdetik,penting agaknya.
Tanpa melengahkan masa, terus je buka mesej tu. Sah, dia
memang sedang menghadapi masalah yang besar. Dia tak tau
macamana nak settlekan perkara ini sebab dia dah buntu.

Sebaik saja terima mesej ini, hati ini terus berkata-kata "
em, selama ni, diri ini hanya menumpukan kepada masalah atau
ujian didalam diri je".Bila masa nak tengok masalah diluar sana?"
Terfikir sejenak......

Apa yang telah diperolehi disini adalah....jangan terlalu fokuskan
diri sendiri. Walaupun kita sedang menghadapi masalah atau ujian
yang besar, kuatkan diri untuk melihat masalah orang lain diluar
sana. Mudah-mudahan, dengan menolong orang yang memerlukan
pertolongan, dalam masa yang sama Allah akan melapangkan masalah
atau ujian yang kita hadapi. Insya-Allah. Ameen.
.
15 Rabiulakhir 1428...satu tekad, satu azam.Sekarang bermulalah
misi untuk menolong diri sendiri dan orang-orang diluar sana.
Biarlah ianya berjalan dengan serentak.Insya-Allah :-)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada diriku dan juga orang-
orang yang memerlukan kekuatan dari-Mu.Ameen.

16 Rabiul akhir 1428

27 April 2007

Hadiah dari kholiq

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU & KEPADA-NYA AKU BERSERAH DIRI

Em,sebulan dua ni, tulisan dalam blog ini asyik berkisar pasal ujian-ujian
Allah. Mungkin,nak meluahkan apa yang tersimpan didalam hati ini.


Alhamdulillah, hari ini telah terjawab semua persoalan yang ditunggu
-tunggu. Ketika melalui ujian Allah suatu ketika dulu, hati kecil ini selalu
tertanya-tanya, "apakah hadiah yang berharga yang akan dikurniakan
oleh Allah kepada diri ini hasil dari kesabaran melalui ujian-ujian-Nya?"
Diwaktu itu, tidak dapat membayangkan macamana bentuk hadiah yang
bakal dikurniakan oleh-Nya. Tetapi, hati ini tetap besabar dan yakin ada
hadiah yang besar sedang menunggu diri ini. Hari ini, Jumaat 9 Rabiul
akhir 1428, Allah telah mengurniakan hadiah tersebut kepada diri ini yang
mempunyai nilai yangsunggguh tinggi. Tidak perlu disebutkan disini.Biarlah
ianya menjadi rahsia buat insan yang bernama iffah. Tetapi itulah kurniaan
illahi kepada diri ini. Subhanallah. Tabaarokallah. Hanya Allah yang
mengetahui betapa bersyukurnya diri ini. Al-hamdulillah !

Untuk memotivasikan diri sendiri, kata-kata dari Aidh Bin Abdullah
Al-Qarni sentiasa di'play' dikotak fikiran.Dan semoga ianya juga
bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua . Insya-Allah !



"Wahai masa lalu yang sudah berlalu & selesai, tenggelamlah
kamu sepertitenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi
kepergianmu & kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun
untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah,
& jangan kembali lagi.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatunya dilipat &
disimpan,bukan dibuka & dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-
lamanya & dikurung didalam penjara kelupaan, diikat dengan gari
didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu
diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ianya
suatu yang sudah berlalu & selesai.



Maka ia tidak mungkin dapat kembali dengan apa juga kesedihan,
tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan
tidak akandapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan.
Ia adalah sesuatuyang sudah tiada."- La tahzan, Aid Abdullah Al-Qarni -
.
.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
.
Ya Allah, halalkan kebingungan pandangan hatiku kepada nur
cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu
yang lurus, danpalingkanlah orang-orang yang menyimpang dari
jalan-Mu kepada hidayah-Mu. Ameen !




Bagi yang menulis dan membaca artikel ini, sama-samalah kita menunggu
ujian-ujian Allah yang akan datang .Ini kerana ujian-ujian Allah ini akan
datang kepada kita dengan silih berganti sehingga kita berjalan dimuka
bumiini dengan tiada dosa.Semakin kita rapat dengan Allah, semakin
banyak ujian yang akan mendatangi kita. Apa yang penting, kita sentiasa
memohon kekuatandari-Nya.
.


Allahu taala a'lam.
..
p/s:
Hati, yakinlah, ada hadiah dari taala buat insan yang redha & pasrah.

.


9 Rabiulakhir 1428

09 March 2007

Kesulitan

Bismillahirahmanirahim....

Hari sabtu merupakan hari yang paling bahagia buat
insan yang bernama Iffah. Bahagia bukannya disebabkan
limpahan harta benda atau wang ringgit tetapi hari sabtu
merupakan hari untuk menziarahi dan menghadirkan diri
di raudhah jannah /taman-taman syurga Allah swt
(majlis ilmu ). Subhanallah ! Betapa bahagianya hari ini.
Terasa satu sakinah / ketenangan. Bermula dari jam
8.30 pagi - 10 pagi,menghadirkan diri ke kelas pengajian
al- qur'an, jam 11 pagi - 12 tenghari , bekejar-kejar ke
kelas tafsir al-qur'an yang disampaikan oleh ustazah Safiyah
dan selepas tu bekejar pula ke Universiti Malaya untuk
menghadiri Kelas usulluddin dari jam 3 petang - 5 petang.
Em, bila melihat jadual ini, ia merupakan satu situasi yang
memenatkan.Tetapi kepenatan dan kesulitan didalam situasi
ini sebenarnya satu keseronokan.Allahu taala a'lam.

Sebenarnya, bukan perkara tersebut yang hendak dikongsi
bersama kawan-kawan. Tetapi nak sampaikan apa yang telah
disampaikan oleh Ustazah Safiyah melalui kelas tafsir al-qur'an
mengenai kesulitan / kepayahan yang kita hadapi. Mengimbau
apa yang telah dipesan oleh beliau :

Untuk sampai ke tempat yang tinggi, kita perlu melalui
jalan-jalan yang sempit terlebih dahulu. Dan seandainya
kita terasa perit ketika melalui jalan-jalan yang sempit ini,
cepat-cepat ingatkan hati bahawa jalan-jalan yang sempit
ini adalah sementara dan bukannnya berkekalan. Itu
adalah sunnatullah yang perlu kita lalui. Dan Insya-Allah,
hati kita akan menjadi tenang."

Didalam surah al- insyirah ayat 5 & 6, firman Allah yang
bermaksud :

'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'

Disini Allah swt mengkhabarkan bahawa sesungguhnya
disebalik kesulitan itu terdapat kemudahan. Menurut
sebahagian ulama', ayat ini merupakan ayat tasliyah
( penghibur ). Ayat ini dijadikan hiburan ( tasliyah )
untuk Nabi Muhamad Saw bahawa Allah swt akan
menggantikan keadaannya daripada fakir kepada
kecukupan,dari lemah kepada kuat, daripada
permusuhan kaumnya kepada kasih sayang dan
juga termasuk kemuadahan dunia dan akhirat.

Menurut sebahagian pendapat mengatakan, ganjaran
kemudahan yang kita akan perolehi dari satu kesulitan
yang kita alami adalah 2 kali ganjarannya. Subhanallah !
Betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap hamba-
hambanya yang bersabar diatas ujian yang ditempuhinya.
Jadi, sebagai hambanya kita mestilah redha diatas apa
sahaja ujian atau kesulitan yang kita hadapai. Mudah-
mudahan, dengan keredhaan terhadap kesulitan kita
didunia ini akan membantu kita untuk mendapat
kemudahan yang paling utama iaitu dimudahkan untuk
masuk ke Syurga Allah.

Disamping itu, Imam Ibn Jarir juga ada meriwayatkan
daripada al Hasan al Bashry, katanya : ketika ayat ini
( sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan)
diturunkan, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat
yang bermaksud :

Bergembiralah kamu sekelian, telah datang kemudahan
kepadamu, sekali-kali tidak akan mungkin satu kesulitan
itu dapat dapat mengalahkan dua kemudahan."

Sebagai kesimpulannya, sebagai hamba-Nya, kita hendaklah
sentiasa yakin bahawa disebalik setiap kesulitan yang kita
tempuhi itu, terdapat ganjaran yang besar yang sedang
manunggu kita. Jadi, sebagai hambanya, kita hendaklah
redha dengan apa sahaja ujian yang mendatangi kita.

Allahu taala a'lam.

p/s :
Terkadang diri ini terasa jauh dengan-Nya apabila tiada ujian
yang datang bertandang. Banyak-banyakkan berdoa :Ya Allah ,
ujilah aku dengan ujian yang mampu aku hadapi.
Ameen !

19 Safar 1428

15 December 2006

I f f a h

I f f a h...satu-satunya nama idaman ana dari dulu hingga kini.
Memang nama ini adalah singkatan dari nama penuh ana tetapi tiada
seorang pun yang memanggil ana dengan nama tersebut sama ada
dikalangan family, kawan-kawan pejabat dan kawan-kawan study.
Balik-balik nama 'ipah or pah' yang sebati dengan diri ini. Tapi tak pe,
apa-apa pun kena syukur coz masih ada nama, Al-hamdulillah. Tapi,
walau apa jua pun keadaan, diri ini masih mencari peluang agar suatu
hari nanti ada segolongan kawan-kawan memanggil diri ini dengan
nama 'iffah'. Bukannya ada sebab lain, cuma teringat dengan kata-
kata Dr.Fadhilah Kamsah, nama itu mempengaruhi diri kita. Jadi,
kalau maksud nama kita baik dan orang selalu memanggil dengan
nama tersebut, Insya-Allah, panggilan itu akan jadi satu doa buat
kita.Insya-Allah.
.
Hari ni nak menulis tentang salah satu sifat yang terpuji atau
mahmudah. Actually, ilmu Allah yang bakal ditulis ini dipetik dari
sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat karib.
Terima kasih buat beliau.Semoga Allah sentiasa merahmati beliau.
Ameen.
.
Salah satu sifat yang terpuji atau mahmudah yang perlu ada dalam
diri setiap insan adalah 'Iffah'. Iffah bermaksud mengawal nafsu
daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya
ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang
ma'arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
Seseorang yang mempunyai sifat iffah mestilah mempunyai sifat-
sifat seperti berikut :
.
MALU
Perasaan hina & rendah diri kepada Allah swt & terhadap manusia
& diri sendiri berusaha tidak membuat sesuatu yang keji & dilarang
oleh Allah.
.
KESOPANAN
Bersikap tenang,berbudi bahasa,berbudi pekerti & bersopan
santun dalam pergaulan.
.
SABAR
Tenang,tabah,redha & ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran
& dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
.
BAIK HATI
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain & memahami
perasaan mereka secara tulus ikhlas & ihsan.
.
MURAH HATI
Sedia memberi bantuan secara ikhlas dan ihsan kepada mereka
yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan & sokongan
moral.
.
KEBEBASAN
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh
tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak,norma masyarakat
dan undang-undang negara.
.
QANA'AH
Redha dengan ketentuan Allah swt, merasa cukup dengan pemberian-
Nya,tenang menghadapi cabaran,sentiasa berusaha dan tidak mudah
berputus asa.
.
BERDISPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima & mematuhi peraturan &
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira dimana
ia berada.
.
DAYA USAHA
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam &
semangat inisiatif, kreatif & inovatif berlandaskan peunjuk
Allah swt.
.
SEJAHTERA
Jiwa yang tenteram & tenang serta tidak menyakiti orang lain
hasil daripada mengawal hawa nafsu.
.
WARA'
Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah,haram,
dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
.
WASATIYAH
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan &
tindakan sama ada dalam pemikiran, peraturan atau
perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma & nilai
masyarakat.
.
KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan rohani, jasmani & mental serta alam sekitar
bagi menjamin kesejahteraan hidup...
Kebersihan diri
kebersihan diri & tubuh badan drpd hadas & najis agar amal ibadat
diterima oleh Allah swt.
Kebersihan persekitaran
memelihara alam sekeliling supaya rapi & bebas dr pencemaran.
Kebersihan Mental
Pertuturan & perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
Kebersihan Rohani
Pemikiran,pertuturan & perlakukan serta amalan yg bersih dr
sebarang kepercayaan karut & khurafat terhadap Allah swt.
.
MENGHARGAI MASA
Mengisi masa secara berfaedah dgn menepati waktu & menyegerakan
sesuatu tugasan serta bijak mengurus masa.
.
DEDIKASI
Berminat & rela mengorbankan masa & tenaga dalam melakukan sesuatu
perkara yg berfaedah.
.
Itulah serba sedikt tentang sifat iffah. Susah rasanya untuk diri
ini memiliki kesemua sifat-sifat tersebut. Tetapi, sekurang-kurangnya
kena ada usaha untuk memiliki semua sifat iffah, bukan hanya sekadar
pada nama sahaja. Wahai Tuhanku, Dengan Izin-Mu, Perkenankanlah.
.
Wassalam.
.
24 Zulkaedah 1427

31 October 2006

Taqwa

Cakap pasal taqwa ni,rupa-rupanya, masih ada dikalangan kita yang belum faham apa makna taqwa. Jadi, marilah sama-sama kita kongsi bersama ilmu Allah yang bakal dicoretkan secara ringkas dibawah ini tentang makna taqwa. Mudah-mudahan, kita sama-sama beroleh hidayah-Nya.

Para ulama' berkata, taqwa itu adalah menuruti perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya dari segi lahir & batin. Manakala sebahagian ulama' berkata ,taqwa itu adalah Allah swt harus ditaati, tiada boleh dimaksiati, harus diingati, tiada boleh dilupai dan harus disyukuri, tiada boleh dikufuri. Jadi disini, boleh disimpulkan bahawa taqwa itu bermaksud mengerjakan perintah yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Oleh yang demikian, setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan' ini dan memahami apa makna taqwa, marilah kita sama-sama bertekad untuk mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Wallahu a'lam.

Doa :

Ya Allah ! Sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk melakukan
amal ibadat yang banyak.Oleh yang demikian, bantulah diri ini
dalam meninggalkan maksiat & larangan-Mu dari segi zahir & batin
agar diri ini tidak dijerumuskan ke neraka jahannam.

Ameen.

Tertarik dengan kata-kata hakim Dirani.....,
"saya selalu berfikir dimanakah tempat saya diakhirat nanti"?


8 Syawal 1427

30 October 2006

Salam Eidulfitri
















Salam Kemenangan di aidilfitri.Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kerana kita masih lagi berada di bulan syawal. Bila tiba syawal, kita mesti terfikir tentang makanan, open house , baju baru , duit raya dan seumpamanya.....

Adakah pernah kita terfikir bahawa puasa kita pada bulan ramadhan yang lepas benar-benar melahirkan sifat taqwa dalam diri kita ? Sekiranya ada, Al-hamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt. Dan...seandainya sifat taqwa ini benar-benar lahir setelah kita melalui dan keluar dari 'sekolah ramadhan', adakah pernah kita terfikir bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan sifat taqwa tersebut didalam diri kita sehingga ke akhir hayat sebelum kita dijemput mengadap-NYA. Jika tiada....fikirkanlah dan usahakanlah sedaya upaya supaya sifat taqwa tersebut berkekalan didalam diri kita ...........mintalah pertolongan dari-NYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah ! Aku Memohon Kepada-Mu Petunjuk, Taqwa,
Terpelihara Daripada Segala Dosa & Hidup Yang Berkecukupan.

Ameen.Ya Robbal Aa'lameen.

Beberapa petikan ayat-ayat Allah untuk memotivasikan diri sendiri, mudah-mudahan diberi kekuatan oleh-NYA.Ameen.

"....berbekallah kamu dan sesungguhnya sebaik-baik perbekalan, ialah taqwa..."(2:197)

"....untuk orang-orang yang taqwa disisi Tuhannya ada syurga yang mengalir air sungai dibawahnya, sedang mereka itu kekal didalamnya......" (3:15)

"...sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa ...." (3:76)

Untuk sahabat dan kenalan, dikesempatan syawal yang mulia ini, mohon maaf diatas segala-galanya dan semoga ukhwah yang terbina ini adalah kerana-NYA.

Wallahu a'lam.

7 Syawal 1427.

15 September 2006

Perempuan itu aurat
















Dari Ibnu Mas'ud Radhiyallahu anhu beliau berkata,dari Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya perempuan itu adalah aurat,maka apabila dia keluar dari rumahnya,maka dia akan di iringi oleh syaitan dan sedekat-dekat seorang perempuan dengan ridha Tuhannya adalah ketika dia berada didalam ruang rumahnya"

(Hadith riwayat Tarmizi dan Ibn Khuzaimah)

Teringat kata-kata ustaz-ustaz dan ustazah berkenaan topik aurat, yang pernah aku ikuti kuliah beliau,tersentuh rasanya hati ini......mudah-mudahan,aku diberi hidayah-NYA untuk berubah dari segi berpakaian.Ameen.

Ustazah safiah kata...."bagi wanita-wanita yang tidak mahu tutup muka,maka cubalah BERSEDERHANA dalam mempamerkan muka dikhalayak ramai.Jangan berlebih-lebihan...."

Ustaz Zaharuddin kata....."ada orang tu dah ok bajunya,longgar, lengan berbutang, kaki bertutup, tudung pun dah pakai... tapi tudung yang dipakai tu sebenarnya tudung saji...means JARANG. Boleh nampak apa yang ada kat dalam tudung tu....."

Ustaz Fadhil kata....."apabila wanita keluar rumah dalam keadaan tidak mengikut syarak, maka akan HANCURLAH masyarakat...."


Buat guru-guru ku yang sangat dihormati,
Ustazah Safiah,Ustaz Zaharuddin,Ustaz Fadhil,

Terima kasih diatas tunjuk ajar kalian,
Semoga Allah membalas amalan kalian dengan pahala yang besar &
semoga kalian semua sentiasa berada dibawah Rahmat Allah.Ameen.


Wallahu a'lam.