24 May 2012

Marhaban Ya Rejab


Ketahuilah,sesungguhnya bulan rejab adalah bulan penuh keutamaan,beribadah di dalamnya mendapat pahala yang berlipat khususnya puasa dan istighfar taubat dari semua kesalahan terutama di malam pertamanya kerana doa di dalamnya sangat mustajab.Nabi saw bersabda yang bermaksud : Ada lima malam yang apabila berdoa di dalamnya tidak akan di tolak iaitu : malam pertama bula rejab,malam nisfu sya'ban,malam jumaat,malam hari raya idul fitri,malam hari raya idul adha.

Para ulama' berkata : Rejab adalah bulan istighfar,sya'ban bulan berselawat kepada Nabi saw dan Ramadhan adalah bulan al qur'an.Maka bersungguh-sungguhlah kalian di bulan ini kerana itulah waktu perdagangan yang menguntungkan.

Ulama berpesan , mohonlah ampun kepada Allah swt sepanjang bulan rejab dengan mengucapkan kalimah :

اللهم اغفرلي وارحمني و تب علي
(Ya Allah Ampunilah aku,Rahmatilah aku dan terimalah taubatku)

Ucaplah permohonan ampun ini sebanyak 70 kali diwaktu pagi dan 70 kali diwaktu petang.

Dan,yang paling penting di dalam bulan rejab ini,jangan lupa untuk membaca doa yang terdapat di dalam foto di atas.Selamat beramal !

Rejab 1433H

No comments: