16 May 2012

Tetamu dari Tarim


Alhamdulillh sejak kebelakangan ini bumi Malaysia dikunjungi tetamu istimewa dari Tarim.Moga-moga kedatangan mereka ini akan menambahkan baarokah di bumi Malaysia ini.Allahumma ameen.Kunjungan mereka ini sangat istimewa kerana kedatangan  mereka membawa 'hadiah' yang sangat bernilai disisi Allah swt untuk kita semua.Moga kita semua sudi 'menerimanya'.

Bermula dengan kunjungan hubabah maryam,anak saudara guru mulia Al Habib Umar Ben Hafidh,secara umumnya beliau telah mengijazahkan apa-apa sahaja yang ada di dalam buku  'khulasoh' karangan Al Habib Umar dan secara khususnya beliau berpesan,bacalah Laa ila ha illallahul malikul haqqul mubin ( tiada tuhan melainkan Allah Pemerintah yang Benar lagi yang maha jelas keadilan-Nya ) 100 kali diantara waktu fardhu zohor dan fardhu asar dengan diniatkan untuk beroleh kemenangan dari hawa nafsu,syaitan dan dunia.

Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri pula berpesan,bacalah zikir Laa ilaha illallah wahdahu Laa syarikalah , Lahul mulku walahul hamdu , yuhyi wa yumit , wahuwa hayyi la yamut , biyadihil khoir , wahuwa ala kulli syaiin qodir ( tiada tuhan melainkan Allah yang maha Esa , tiada sekutu bagi-Nya.Hanya milik-Nya segala kerajaan, hanya tertentu bagi-Nya segala kepujian. Hanya Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dia yang maha hidup yang tidak mati.Di bawah kekuasaan-Nya sahaja segala kebaikan dan Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu ) apabila masuk pasar kerana akan dibalas dengan sejuta ganjaran di akhirat kelak.

Hubabah Nur Al Haddar,isteri guru mulia al habib umar ben hafidh juga berpesan,bacalah doa ini sebanyak 3 kali setiap hari untuk untuk selamat dari sifat syirik.Doanya berbunyi , Allahumma inni nauzubika min annusyrika bika syaian na'lamuh wanastaghfiruka limaa la na'lamuh ( Ya Allah kami belindung pada Mu dari syirik terhadap Mu yang kami sedari dan kami memohon ampun dari sesuatu yang tidak kami ketahui ).

Guru mulia Al Habib Umar Ben Hafidh berpesan,jangan lupa untuk memohon ampun kepada muslim yang lain.Bacalah kalimah Allahummaghfirlil mu'minin wal mu'minat sebanyak 27 kali selepas solat subuh agar Allah swt memberi Rahmat-Nya kepada kita.

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ


No comments: