06 May 2012

Sebarkan Mahabbah

Pesanan Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri :
Penuhilah rasa cinta (mahabbah) di ruang hatimu kerana cinta itu dapat menumpaskan kekuatan hawa nafsu di dalam hati.

Jom berazam sebarkan mahabbah dikalangan kita terutamanya dengan orang -orang yang membenci kita :)

Wahai Allah yang menyatukan hati hamba-hambanya sekelian,satukanlah hati-hati kami yang telah terpisah kerana kekhilafan diri kami sendiri,sambungkanlah silarturahmi diantara kami yang telah terputus kerana kejahilan kami dan sebarkanlah mahabbah dikalangan kami semua agar kami semua tergolong didalam orang-orang yang mendapat redho-Mu.Amiin



04 May 2012

Kalam Al Habib




Kalam Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri : Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw  agar engkau dimuliakan untuk melihat Wajah Baginda Saw.Kadar 'perbanyakkan' yang paling sedikit adalah 300 kali diwaktu pagi dan 300 kali di waktu petang.Sollu Ala Nabiyy
 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

06 April 2012

Ahlan wa sahlan Ya Habib..

بســــم الله الرحمان الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Wahai Allah yang mempermudahkan urusan hamba-hamba sekelian,
mudahkanlah kami untuk menghadiri majlis ilmu bersama beliau.

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

15 March 2012

Habib Ali Al Jufri للحبيب علي زين العابدين الجفري


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ و سَلّـــــمّے علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى اّلـــــــه و صـحبه و سَلّـــــمّ

Nama beliau adalah Habib Ali Zain Al- Abidin Al-Jufri.Habib Ali Al-Jufri lahir di kota Jeddah, Arab Saudi, menjelang fajar, pada hari Jum’at 16 April 1971 ( 20 Shafar 1391 H). Ayahnya adalah Habib Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Alwi Al-Jufri, sedangkan ibundanya Syarifah Marumah binti Hasan bin Alwi binti Hasan bin Alwi bin Ali Al-Jufri.Menimba ilmu dari para tokoh besar. Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf adalah salah seorang guru utamanya. Kepadanya ia membaca dan mendengarkan pembacaan kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tajrid Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, dan kitab-kitab penting lainnya. Cukup lama Habib Ali belajar kepadanya, sejak usia 10 tahun hingga berusia 21 tahun.juga berguru kepada Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad, ulama terkemuka dan penulis karya-karya terkenal. Di antara kitab yang dibacanya kepadanya adalah Idhah Asrar `Ulum Al-Muqarrabin. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki juga salah seorang gurunya. Kepadanya ia mempelajari kitab-kitab musthalah hadits, ushul, dan sirah. Sedangkan kepada Habib Hamid bin Alwi bin Thahir Al-Haddad, ia membaca Al-Mukhtashar Al-Lathif dan Bidayah Al-Hidayah.Ia pun selama lebih dari empat tahun menimba ilmu kepada Habib Abu Bakar Al-`Adni bin Ali Al-Masyhur, dengan membaca dan mendengarkan kitab Sunan Ibnu Majah, Ar-Risalah Al-Jami`ah, Bidayah Al-Hidayah, Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyyah, Tafsir Al-Jalalain, Tanwir Al-Aghlas, Lathaif Al-Isyarat, Tafsir Ayat Al-Ahkam dan Tafsir Al-Baghawi.


Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pengarah Yayasan Tabah disamping menjadi Timbalan Dekan Pusat Pengajian Islam Dar Al-Mustafa di Tarim. Beliau telah memperolehi pendidikan pengajian Tradisi Islam di Tarim, Hadramawt, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal dengan sistem pendidikan dan pengajian Tradisi Islam. Selain di Tarim beliau juga mempelajari ilmu Tradisi Islam di Mesir dengan Profesor Dr Omar Hashim (Mantan Rektor Al-Azhar), Al-Allamah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Al-Allamah Syeikh Mohammad Zaki Ibrahim (Ahli Majlis Auqaf Mesir), di Mekkah dengan Al-Allamah Al-Marhum Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki, di Madinah dengan Al-Muhaddis Habib Zain Bin Ibrahim Bensemaith dan di Jeddah dengan Al-Allamah Habib Abdul Qadir Saqqaf dan ramai lagi ulama-ulama bidangn Tradisi Islam. Sebagai seorang tokoh ulama pendakwah Ahlu Sunnah wal Jamaah beliau telah menyampaikan kuliyyah di pelbagai negara Islam dan juga di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 1412 H (1991 M) Habib Ali mengikuti kuliah di Fakulti Dirasat Islamiyyah Universiti Shan`a,Yaman,hingga tahun 1414 H (1993M).Kemudian ia menetap di Tarim, Hadhramaut. Di sini ia belajar dan juga mendampingi Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz sejak tahun 1993 hingga 2003. Kepadanya, Habib Ali membaca dan menghadiri pembacaan kitab-kitab Shahih Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, Adab Suluk Al-Murid, Risalah Al-Mu`awanah, Minhaj Al-`Abidin, Al-`Iqd An-Nabawi, Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah, Al-Hikam, dan sebagainya.

07 March 2012

Habib Ali Al-Jufri : Cinta Nabi saw


اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد

05 March 2012

Habib Ali Al-Jufri:Penjelasan Cinta Kpd Nabi saw



اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ و سَلّـــــمّے علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى اّلـــــــه و صـحبه و سَلّـــــمّ

27 February 2012

Habib Ali Al-Jufri:Bermimpi Rasulullah SAW



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم فيكل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

5 Rabiul Thani 1433

10 February 2012

Ustaz Don Danial - Cinta Rasul


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ و سَلّـــــمّے علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى اّلـــــــه و صـحبه و سَلّـــــمّ

06 February 2012

Ijazah oleh Syeikh Salim Alwan Al Hussainiy




اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ

03 February 2012

Salam MaulidurRasul 1433 اللهم صل على سيدنا محمد


Kitab Maulid Simtur Duror (Al habsyi)

Kitab Maulid Al-Daiba'ie


Kitab Maulid Ad-dhiya' al-alami' (Habib Umar)


بســــم الله الرحمان الرحيم
اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ و سَلّـــــمّے علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى اّلـــــــه و صـحبه و سَلّـــــمّ
Ya Allah, sempena Rabiulawal yang mulia ini,gemakanlah nama Baginda saw diruang hati kami. Ameen.Selamat Bermaulid !

10 Rabiulawal 1433