Aku mencintai kaum soleh meskipun aku bukan mereka.Aku membenci kepada pedagang maksiat meskipun pedagang maksiat itu adalah aku. "Janji Rasulullah saw,seseorang itu akan bersama-sama orang yang dicintai di Akhirat Kelak....." للحبيب علي زين العابدين الجفري
05 February 2014
09 June 2013
Selamat Menyambut Sya'ban
12 January 2013
Selamat Datang Bulan Mulia Rabiul Awal
02 June 2012
Saiyyidah Nafisah Radiyallahu Anhu
| Makam Sayyidah Nafisah Radiyallahu anhu di Mesir |
Saiyyidah Nafisah Radiyallahu anhu merupakan putri Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali dan Sayyidah Fathimah az-Zahra', putri Rasululullah Saw. Sayyidah Nafisah r.a dilahirkan di Mekah al-Mukarramah, 11 Rabiul awal 145 H. Pada tahun 150 H, Hasan telah dilantik sebagai Gabenor Madinah dan ia membawa Sayyidah Nafisah r.a yang baru berusia 5 tahun ke Madinah. Di sana Sayyidah Nafisah r.a menghafal Al-Qur'an, mempelajari tafsirnya dan senantiasa menziarahi makam datuknya, Rasulullah Saw.
24 May 2012
Marhaban Ya Rejab
16 May 2012
Tetamu dari Tarim
Bermula dengan kunjungan hubabah maryam,anak saudara guru mulia Al Habib Umar Ben Hafidh,secara umumnya beliau telah mengijazahkan apa-apa sahaja yang ada di dalam buku 'khulasoh' karangan Al Habib Umar dan secara khususnya beliau berpesan,bacalah Laa ila ha illallahul malikul haqqul mubin ( tiada tuhan melainkan Allah Pemerintah yang Benar lagi yang maha jelas keadilan-Nya ) 100 kali diantara waktu fardhu zohor dan fardhu asar dengan diniatkan untuk beroleh kemenangan dari hawa nafsu,syaitan dan dunia.
Al Habib Ali Zain Al Abidin Al Jufri pula berpesan,bacalah zikir Laa ilaha illallah wahdahu Laa syarikalah , Lahul mulku walahul hamdu , yuhyi wa yumit , wahuwa hayyi la yamut , biyadihil khoir , wahuwa ala kulli syaiin qodir ( tiada tuhan melainkan Allah yang maha Esa , tiada sekutu bagi-Nya.Hanya milik-Nya segala kerajaan, hanya tertentu bagi-Nya segala kepujian. Hanya Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dia yang maha hidup yang tidak mati.Di bawah kekuasaan-Nya sahaja segala kebaikan dan Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu ) apabila masuk pasar kerana akan dibalas dengan sejuta ganjaran di akhirat kelak.
Hubabah Nur Al Haddar,isteri guru mulia al habib umar ben hafidh juga berpesan,bacalah doa ini sebanyak 3 kali setiap hari untuk untuk selamat dari sifat syirik.Doanya berbunyi , Allahumma inni nauzubika min annusyrika bika syaian na'lamuh wanastaghfiruka limaa la na'lamuh ( Ya Allah kami belindung pada Mu dari syirik terhadap Mu yang kami sedari dan kami memohon ampun dari sesuatu yang tidak kami ketahui ).
Guru mulia Al Habib Umar Ben Hafidh berpesan,jangan lupa untuk memohon ampun kepada muslim yang lain.Bacalah kalimah Allahummaghfirlil mu'minin wal mu'minat sebanyak 27 kali selepas solat subuh agar Allah swt memberi Rahmat-Nya kepada kita.
07 May 2012
Tasbih & Tongkat
06 May 2012
Sebarkan Mahabbah
04 May 2012
Kalam Al Habib
12 April 2012
10 April 2012
09 April 2012
06 April 2012
Ahlan wa sahlan Ya Habib..
mudahkanlah kami untuk menghadiri majlis ilmu bersama beliau.
23 March 2012
20 March 2012
15 March 2012
Habib Ali Al Jufri للحبيب علي زين العابدين الجفري

اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ و سَلّـــــمّے علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى اّلـــــــه و صـحبه و سَلّـــــمّ
Nama beliau adalah Habib Ali Zain Al- Abidin Al-Jufri.Habib Ali Al-Jufri lahir di kota Jeddah, Arab Saudi, menjelang fajar, pada hari Jum’at 16 April 1971 ( 20 Shafar 1391 H). Ayahnya adalah Habib Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Alwi Al-Jufri, sedangkan ibundanya Syarifah Marumah binti Hasan bin Alwi binti Hasan bin Alwi bin Ali Al-Jufri.Menimba ilmu dari para tokoh besar. Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf adalah salah seorang guru utamanya. Kepadanya ia membaca dan mendengarkan pembacaan kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tajrid Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, dan kitab-kitab penting lainnya. Cukup lama Habib Ali belajar kepadanya, sejak usia 10 tahun hingga berusia 21 tahun.juga berguru kepada Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad, ulama terkemuka dan penulis karya-karya terkenal. Di antara kitab yang dibacanya kepadanya adalah Idhah Asrar `Ulum Al-Muqarrabin. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki juga salah seorang gurunya. Kepadanya ia mempelajari kitab-kitab musthalah hadits, ushul, dan sirah. Sedangkan kepada Habib Hamid bin Alwi bin Thahir Al-Haddad, ia membaca Al-Mukhtashar Al-Lathif dan Bidayah Al-Hidayah.Ia pun selama lebih dari empat tahun menimba ilmu kepada Habib Abu Bakar Al-`Adni bin Ali Al-Masyhur, dengan membaca dan mendengarkan kitab Sunan Ibnu Majah, Ar-Risalah Al-Jami`ah, Bidayah Al-Hidayah, Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyyah, Tafsir Al-Jalalain, Tanwir Al-Aghlas, Lathaif Al-Isyarat, Tafsir Ayat Al-Ahkam dan Tafsir Al-Baghawi.
Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pengarah Yayasan Tabah disamping menjadi Timbalan Dekan Pusat Pengajian Islam Dar Al-Mustafa di Tarim. Beliau telah memperolehi pendidikan pengajian Tradisi Islam di Tarim, Hadramawt, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal dengan sistem pendidikan dan pengajian Tradisi Islam. Selain di Tarim beliau juga mempelajari ilmu Tradisi Islam di Mesir dengan Profesor Dr Omar Hashim (Mantan Rektor Al-Azhar), Al-Allamah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Al-Allamah Syeikh Mohammad Zaki Ibrahim (Ahli Majlis Auqaf Mesir), di Mekkah dengan Al-Allamah Al-Marhum Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki, di Madinah dengan Al-Muhaddis Habib Zain Bin Ibrahim Bensemaith dan di Jeddah dengan Al-Allamah Habib Abdul Qadir Saqqaf dan ramai lagi ulama-ulama bidangn Tradisi Islam. Sebagai seorang tokoh ulama pendakwah Ahlu Sunnah wal Jamaah beliau telah menyampaikan kuliyyah di pelbagai negara Islam dan juga di Eropah dan Amerika Syarikat.
Pada tahun 1412 H (1991 M) Habib Ali mengikuti kuliah di Fakulti Dirasat Islamiyyah Universiti Shan`a,Yaman,hingga tahun 1414 H (1993M).Kemudian ia menetap di Tarim, Hadhramaut. Di sini ia belajar dan juga mendampingi Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz sejak tahun 1993 hingga 2003. Kepadanya, Habib Ali membaca dan menghadiri pembacaan kitab-kitab Shahih Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, Adab Suluk Al-Murid, Risalah Al-Mu`awanah, Minhaj Al-`Abidin, Al-`Iqd An-Nabawi, Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah, Al-Hikam, dan sebagainya.







